Friday, November 25, 2016

Warih Homestay - Pn Anis, Anak Sahabat Lama

Warih-Homestay-En-Tajudin-Bersama-Keluarga-Abangnya
Warih-Homestay-En-Tajudin-Bersama-Keluarga-Abangnya
Assalamualaikum, Segala Pujian Bagi Allah Yang Maha Hebat.

Hari ini saya menunggu seorang lagi tetamu yang istimewa kerana beliau bakal melangsungkan perkahwinannya pada esok hari.

Apa yang memeranjatkan bagi saya ialah Allah telah mempertemukan saya dengan bekas rakan sekerja yang telah lama tidak saya temui kira-kira 20 tahun yang lalu.

Tak sangka, perbincangan saya dengan Pn Anis melalui wasap untuk menempah homestay saya bagi perkahwinan beliau, rupa-rupanya bapanya iaitu En Tajudin adalah rakan baik saya....Itulah Kebesaran & Kehebatan Allah Yang Maha Perancang...!

Warih-Homestay-Bersama-En-Tajudin-Sahabat-Lama
Warih-Homestay-Bersama-En-Tajudin-Sahabat-Lama
En Tajudin kali ini telah menjadi seorang kontraktor elektrikal dan air-cond yang berjaya...

Salute kepada beliau yang gigih berusaha...!

Beliau hadir dengan abang sulungnya (saya tak ingat namanya) bersama anak buahnya. Kelihatan mereka agak sibuk kerana perlu keluar segera selepas check-in bagi memastikan perjalanan majlis adalah seperti yang dirancangkan.

Saya doakan semoga majlis perkahwinan anak En Tajudin berjalan lancar dan semoga perkahwinan Pn Anis dan pasangannya kekal hingga ke akhir hayat....Insya Allah.

- Warih Homestay -