Thursday, April 19, 2018

Warih Homestay - Testimoni Pn Ahya

Apa Yang Penting ..?         Guest Puas Hati ..!

    Apa Yang Penting ..?         Guest Puas Hati ..!

(baca ikut lagu Wonder Pets ...he..he..)
 

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Ahya
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Ahya

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Tuesday, April 17, 2018

Warih Homestay - Pn Ahya Dari Teluk Intan, Perak

Warih-Homestay-Pn-Noor-Ahya-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Noor-Ahya-Sekeluarga
"Encik ada reserve parking tak untuk 2 kereta" wasap Pn Noor Ahya pada saya...

          "Insya Allah ada parking untuk 2 kereta" balas saya

Antara wasap ringkas saya dengan Pn Ahya... beliau datang dari Teluk Intan, Perak.

Setengah jam selepas tu, masuk pula wasap baru...

       "Encik kalau kami nak check-in awal sikit dari jam 3.30 petang, boleh tak ? "

" Boleh... jam berapa agaknya, Pn " tanya saya semula

       " Dalam pukul 2, boleh ke ..? "

" Insya Allah saya cuba Pn... sebab esok saya ada guest yang akan check-out dan saya perlu sedikit masa untuk housekeeping... rasanya sempat Pn..."


 Insya Allah kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak tetamu kami agar mereka berasa selesa menginap di #WarihHomestay


Semasa check-in, dalam perbualan ringkas saya,suami beliau menyatakan yang beliau sedang menyambung pelajaran peringkat Master di Universiti Putra Malaysia (UPM)... dan Pn Ahya pula berkursus di sekitar sini juga.

Kami doakan agar suami Pn Ahya dapat mencapai kecemerlangan dalam pengajian Sarjana beliau... Insya Allah... Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620

 

Friday, April 6, 2018

Wednesday, April 4, 2018

Warih Homestay - Kunjungan Pn Shikin & Ibu


Warih-Homestay-Pn-Shikin-Bersama-Ibu
Warih-Homestay-Pn-Shikin-Bersama-Ibu
"Insya Allah kami akan sampai sekejap lagi, encik" wasap Pn Shikin pada saya. Beliau pergi menjemput ibu dan makciknya di BTS terlebih dahulu sebelum check-in di Warih Homestay.  

"Ok " ... balas ringkas saya.

Alhamdulillah akhrinya jam 4ptg mereka sekeluarga telah selamat berada di Warih Homestay.

Walaupun sedikit keletihan berada di dalam bas selama beberapa jam dari Kluang, Johor  namun mereka tidak menolak ketika saya minta mereka bergambar bersama untuk dimuatkan di dalam blog ini. Memang sporting...!

Mereka menginap kerana menghadiri urusan perkahwinan di sekitar Serdang.

Semoga Pn Shikin sekeluarga selesa semasa menginap di Warih Homestay.

- Warih Homestay

Monday, April 2, 2018

Warih Homestay - Cikgu Azhari Dari Sabak Bernam

Warih-Homestay-Cikgu-Azhari-Sabak-Bernam
Warih-Homestay-Cikgu-Azhari-Sabak-Bernam
"Encik.. kami masuk dulu ya... parking di tingkat 1" wasap Cik Azyan pada saya..

Saya nak solat jap... balas saya kepada beliau.

"Eehh.. silap bukan tingkat 1... kalau tingkat 1 kena naik atas... ini dari security guard terus ke tempat parking " wasap Cik Azyan pada saya sekali lagi...

Saya senyum sahaja... tetamu saya kali ini memang suka berterus terang beri penerangan kepada saya. Belum sempat saya reply, saya dah pun jumpa beliau sekeluarga di tempat yang dimaksudkan.

Mudah untuk saya memulakan perbualan ringkas dengan bapa beliau, En Azhari dari Sabak Bernam dan beliau rupanya adalah seorang guru... dan bakal bersara tidak lama lagi... besar jasa Cikgu mendidik anak bangsa menjadi insan berguna....

Sementara Cik Azyan pula bakal menamatkan pelajaran di UPM tidak lama lagi... Syabas Cik Azyan..!

Harapan kami semoga Cikgu Azhari sekeluarga selesa menginap di Warih Homestay

- Warih Homestay-
011.525.99.620

Thursday, March 22, 2018

Warih Homestay - Lagi Testimoni Pn Nurul

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul
Matlamat kami tercapai untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan Warih Homestay...

-Warih Homestay-
011.525.99.620
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul2
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul2
 

Wednesday, March 21, 2018

Warih Homestay Dipilih Dalam FB Live Video HomestayPro

Warih-Homestay-FB-Live-Video-HomestayPro
Warih-Homestay-FB-Live-Video-HomestayPro
Jutaan terima kasih dari kami kepada Tn Khairul HomestayPro kerana memilih Warih Homestay di dalam sesi FB Live Video beliau sebentar tadi... Alhamdulillah..

Laman HomestayPro.com adalah platform kepada owner homestay untuk mengiklankan homestay mereka bagi memudahkan pencarian homestay kepada semua pengguna.

Dan yang paling penting ianya adalah PERCUMA...!

Prosesnya pun mudah jerr...!

Jom kengkawan pemilik homestay... Register dengan Homestaypro.com sekarang..!
 
- Warih Homestay -
011.525.99.620

Monday, March 19, 2018

Warih Homestay - Pn Nurul Dari Muar

Warih-Homestay-Pn-Nurul-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Nurul-Sekeluarga
Ayah..! Ayah...! Cepat....! teriak si anak lelaki kepada ayahnya kerana excited dengan lake view di balkoni Warih Homestay.... memang keletah dan gembira saya lihat anak Pn Nurul nih...

Alhamdulillah mereka telah selamat check-in sebentar tadi setelah drive dari Muar, Johor. Semoga Pn Nurul dapat menyiapkan tugasan penting beliau dengan selesa dengan internet berkelajuian tinggi di Warih Homestay.

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul
Harapan kami agar beliau sekeluarga gembira dan selesa berada di Warih Homestay sepanjang cuti sekolah nih...bolehlah si ayah bawa anaknya mandi swimming pool puas-puas... he..he...

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Friday, March 16, 2018

Warih Homestay - Testimoni Pn Nurul

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Nurul
Alhamdulillah, guest belum check-in lagi tapi kami dah pun menggembirakan mereka...
- Warih Homestay - 
011.525.99.629

Sunday, March 11, 2018

Warih Homestay - Testimoni Pn Nurfarahin

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Farahin
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Farahin
Jutaan terima kasih kepada Pn Nurfarahin sekeluarga dari Kluang, Johor kerana sudi menginap di Warih Homestay. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain ketika.

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Wednesday, March 7, 2018

Warih Homestay - Nurfarahin TNB

Warih-Homestay-Farahin-TNB
Warih-Homestay-Farahin-TNB
"Encik, ada kosong tak malam nie..? Kami sekeluarga nak masuk untuk 2 malam..."

Berapa orang ? tanya saya.... 4 orang je... ok ... Alhamdulillah walk-in guest Pn Nurfarahin dari Seremban bersama keluarganya selamat check in pada jam 10 malam...

Syarikat saya iaitu TNB ada training dekat IOI Hotel... so kami pilih Warih Homestay sebab ianya mampu sewa dan tak berapa jauh dari tempat latihan kami.

Rupanya suami beliau iaitu En Firman (010.235.9101) adalah seorang Agen Penapis Minuman jenama Cuckoo yang berjaya... Terhibur saya melihat keletah anak sulung beliau yang petah bercakap... Aiman kalau tak silap namanya...

Semoga Pn Nurfarahin sekeluarga enjoy dan selesa menginap di Warih Homestay....

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Sunday, February 25, 2018

Warih Homestay - En Ridwan Walk-In Guest Dari Pahang

Warih-Homestay-EnRidwan-Sekeluarga
Warih-Homestay-EnRidwan-Sekeluarga
" Saya anto adik amik lesen kaunselor kat UPM " kata En Ridwan semasa saya tanya tujuan beliau menginap di Warih Homestay... baru saya tahu rupanya bukan sembarangan orang boleh jadi kaunselor ... memang hebat adik En Ridwan...!

     En Ridwan dari Pahang datang sekeluarga bersama dengan ayah beliau... ramah orang nya... kebetulan malam tadı ada lawan bola Pahang lawan Selangor... check-in jer, terus buka Astro tengok bola live... tiada masalah.. Insya Allah semuanya tersedia di Warih Homestay...!

Makanan ringan sepeti maggie, telur, kopi dan biskut memang tersedia untuk tetamu kami FOC (Free of Charge)... memang syok layan bola sambil makan maggie...!

   Pengurusan Warih Homestay mengucapkan selamat maju jaya kepada adik En Ridwan dan semoga beliau berjaya mendapat lesen untuk menjadi seorang kaunselor berdaftar. Dan semoga En Ridwan sekeluarga berpuashati dengan perkhidmatan kami.

-Warih Homestay-
011.525.99.620 

Friday, February 23, 2018

Warih Homestay - Pn Zaliha Adik Kepada Tetamu Terdahulu

Warih-Homestay-Pn-Zaliha-Terengganu
Warih-Homestay-Pn-Zaliha-Terengganu
Tak sangka tetamu kami kali ini iaitu Pn Zaliha dari Terengganu adalah adik kepada tetamu kami yang dahulu iaitu Pn Fatimah... sey pun tak brapo cam... bilo check balik senarai tetamu kami, baru jumpo..

Pn Fatimah pernah menginap di Warih Homestay sekitar bulan Mac 2017... hampir setahun yang lalu... terima kasih Pn Fatimah kerana rekomen Warih Homestay kepada kaum keluarga di sana..!
 
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Zaliha
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Zaliha
Pn Zaliha bersama keluarga beliau menginap atas urusan keluarga... jauh berjalan... turun sampai ke Johor, naik ke Melaka dan kemudian Selangor. Semoga beliau sekeluarga dapat melepaskan lelah di Warih Homestay sebelum bertolak balik ke Terangganu Darul Iman.

Semoga Pn Zaliha berpuashati dengan perkhidmatan kami. Insya Allah ado joki kito jumpo laie, yo....
 
- Warih Homestay -
011.525.99.620

 

Saturday, February 17, 2018

Warih Homestay - En Ahmad Tetamu Dari Pontian

Warih-Homestay-En-Ahmad-Sekeluarga-Dari-Pontian
Warih-Homestay-En-Ahmad-Sekeluarga-Dari-Pontian
Walk-in guest kali ini adalah En Ahmad dari Pontian, Johor Darul Takzim yang menziarah anak beliau di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi.

Walaupun walk-in, Alhamdulillah kami tiada masalah untuk menyiapkan homestay untuk beliau sekeluarga. Kelihatan anak beliau tidak sabar-sabar nak mandi swimming pool... he..he...

Memang itu antara tarikan di Warih Homestay iaitu swimming pool dan Sky Garden untuk mengambil gambar pemandangan menakjubkan... nice panaromic view...!

Warih-Homestay-Testimoni-En-Ahmad
Warih-Homestay-Testimoni-En-Ahmad
En Ahmad seorang yang cool dan mudah berurusan dengannya. Kami harap beliau sekeluarga selesa dan enjoy di Warih Homestay. Kami doakan juga agar anak beliau mendapat kecemerlangan dalam pengajian ijazah beliau di KUIS, Selangor... Amin..

- Warih Homestay - 
011.525.99.620 

Sunday, February 11, 2018

Warih-Homestay-Dr-Hafizi-Sekeluarga
Warih-Homestay-Dr-Hafizi-Sekeluarga 
Dr Hafizi dan isterinya merupakan doktor pergigian dari Bukit Mahkota, Cheras memilih Warih Homestay bagi memberikan keselesaan kepada keluarganya yang datang dari Kelantan Darul Naim.
Warih-Homestay-Testimoni-Dr-Hafizi
Warih-Homestay-Testimoni-Dr-Hafizi
Beliau suami isteri sangat humble... sangat mudah komunikasinya ... tak sangka yang saya sedang berurusan dengan pakar pergigian rupanya.... Mereka memang hebat...

Semasa blog ini di update, beliau telah pun berada di Mekah bagi menunaikan umrah... Kami mendoakan agar beliau sekeluarga mendapat umrah yang marbrur... Insya Allah..... Amin...

- Warih Homestay
011.525.99.620

Friday, February 9, 2018

UPM Farm Run 2018

UPM Farm Run 2018
UPM-Farm-Run-2018
UPM-Farm-Run-2018
UPM FARM RUN 2018..

Dianjurkan oleh Fakulti Pertanian UPM:

✓ Membudayakan gaya hidup lebih sihat.
✓ Peluang berlari sambil melawat ladang Fakulti Pertanian
✓ Tshirt dan finisher medal disediakan

Pendaftaran boleh dibuat secara online di https://docs.google.com/forms/d/1LT3ftP4q2w68OSM3G1dJfl9NziIJgZ9gCbev7dmPDUI/

►Untuk maklumat lanjut, whatsapp Puan Noorizajune Abu Bakar (+60173379445) dan En Ahmad Afeeq Roslan (+60134047351)

Tarikh TUTUP penyertaan pada 24 Mac 2018!

Butiran Acara Seperti Dibawah:

🌹TARIKH : 1 April 2018 (AHAD)
🌹 LOKASI: Fakulti Pertanian
🌹MASA: 7:35 pagi
🌹YURAN: RM40 (3km) dan RM50 (6km) shj.

Jumpa disana.

#farmrun2018 #upm #lariandalamladang
#fakultipertanian #jommasukladang

 
Perlukan Penginapan...?
Warih Homestay
011.525.99.620

Monday, February 5, 2018

Uniten International Forum Global Energy Landscape 13 February 2018
Uniten-International-Forum-Global-Energy-Landscape
Uniten-International-Forum-Global-Energy-Landscape
Perlukan Penginapan ?
Warih Homestay
011.525.99.620

Wednesday, January 24, 2018

Warih Homestay - Testimoni Pn Syafia

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Syafia
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Syafia
Sungguh mudah berurusan dengan Pn Syafia. Beliau book Warih Homestay untuk ibubapanya yang datang dari Muar. Urusan check-in pun mudah.
Selepas beliau check-out, saya dapati keadaan rumah seperti tidak digunakan. Rupanya beliau kemas sebelum keluar dan susun atur bantal & cadar seperti sebelum masuk. Syabas !!... Saya gembira dapat tetamu seperti beliau.

Kami doakan agar beliau berjaya dalam kerjaya beliau.
 
Warih Homestay
011.525.99.620

Monday, January 15, 2018

Warih Homestay - Tamu Sulung 2018

Awal tahun 2018, Alhamdulillah kami telah pun ada tempahan daripada Tn Hj Sulaiman & Dr Ijam.

Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-1
Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-1
Saya tak sempat berjumpa dengan Tn Hj Sulaiman kerana beliau amat sibuk dengan bisnes kateringnya. Bayangkan, beliau datang dari Grik ke sini atas urusan perniagaan dan menginap semalam di Warih Homestay. Keesokkannya dah pulang semula ke Grik untuk urusan lain pula.

Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-2
Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-2
Walaupun begitu, beliau masih sudi melayan wasap saya. Memang hebat Tn Hj Sulaiman.

Saya doakan agar perniagaan Tn Hj Sulaiman bertambah maju dan berjaya, Insya Allah.. Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Friday, January 12, 2018

Warih Homestay - Tn Ilmi Ganu - Repeat Guest

Tak sangka dapat tetamu yang berulang iaitu Tn Khairul Ilmi (abam bomba dari Ganu Kite)

Beliau pernah menginap di Warih Homestay pada bulan Mei tahun lepas. Alhamdulillah beliau sekeluarga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan selesa untuk menginap di sini atas urusan menziarahi adik beliau yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Warih-Homestay-Testimoni-Ilmi
Warih-Homestay-Testimoni-Ilmi
Beliau sampai awal pagi dan terus check-in di Warih Homestay. Kami juga sangat senang berurusan dengan beliau. Very gentleman dan straight forward.

Kami doakan agar adik beliau dapat menamatkan pengajian di UPM ini dengan cemerlang dan menggenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan beliau sekeluarga, Insya Allah... Aminn..
 
Warih Homestay
011.525.99.620

Friday, January 5, 2018

Warih Homestay - Pn Rasidah Dari JB Atas Urusan Pengajian

Salam Sejahtera... agak lama saya tak berkesempatan untuk update blog Warih Homestay.. atas sebab peribadi (macam lah sibuk bona..he..he..) walaupun begitu rezeki dari Allah, Alhamdullah masih ada.

Warih-Homestay-Pn-Rasdiah-Dan-Pn-Najiah
Warih-Homestay-Pn-Rasdiah-Dan-Pn-Najiah
Pada pertengahan bulan Disember tahun lepas, tetamu istimewa saya adalah dari Johor Baharu. Pn Rasidah hadir bersama rakan baik beliau PnNajiah untuk urusan thesis mereka di sebuah universiti terkemuka di sekitar kawasan sini.

Alhamdulillah, walaupun secara walk-in reservation melalui Booking.com, bukanlah satu masalah besar buat pengurusan Warih Homestay kerana unit kami memang telah tersedia untuk tetamu.

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Rasidah
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Rasidah

Dengan adanya high speed fibre broadband unlimited package, mereka mampu menyiapkan thesis bagi pengajian ijazah mereka ditambah pula dengan kemudahan makanan ringan dan minuman yang kami sediakan secara FOC, mereka tak perlu keluar rumah lagi untuk mengalas perut...!


Kami doakan agar Pn Rasidah & Pn Najiah berjaya dalam pengajian mereka untuk menggenggam segulung ijazah.... Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620