Saturday, October 14, 2017

Warih Homestay - Team Jebat Archery

Warih-Homestay-Jebat-Archery-Team-Melaka-Sebelum-Pertandingan
Warih-Homestay-Jebat-Archery-Team-Melaka-Sebelum-Pertandingan


Pasukan Memanah hebat dari Melaka Bandaraya Bersejarah, Jebat Archery datang lagi pada tahun ini bertarung di dalam Kejohanan Memanah Terbuka UPM Kali Ke 11 yang diadakan di Dewan Serbaguna UPM, Serdang pada 11-15 Oktober 2017.
Warih-Homestay-Jebat-Archery-Team-Melaka-Semasa-Pertandingan
Warih-Homestay-Jebat-Archery-Team-Melaka-Semasa-Pertandingan

Team ini diketuai oleh En Supian memilih Warih Homestay sebagai penginapan mereka sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Mereka pernah datang menginap di Warih Homestay pada bulan November tahun 2016.

Pengurusan Warih Homestay mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pasukan Jebat Archery dan semoga mereka beroleh kemenangan bermakna pada kali ini

- Warih Homestay -

Saturday, October 7, 2017

Warih Homestay - Zakwan Berjaya

Warih-Homestay-Zakwan-Terima-Diploma
Warih-Homestay-Zakwan-Terima-Diploma

Tahniah kepada En Zakwan yang berjaya menggenggam skroll pada Majlis Konvokesyen Ke 16, Kolej Universiti Agrosains Malaysia yang diadakan di Universiti Putra Malaysia minggu ini.
Warih-Homestay-Zakwan-Bersama-Ibubapa-Tersayang
Warih-Homestay-Zakwan-Bersama-Ibubapa-Tersayang

Nampak kepuasan pada airmuka anak muda yang berasal dari Bentong, Pahang ini kerana hari bersejarah ini turut dikongsi bersama ibu & bapa beliau yang turut hadir ke majlis konvokesyen ini. Pengurusan Warih Homestay mengucapkan syabas dan turut berkongsi kegembiraan di atas kejayaan beliau.
Warih-Homestay-Skrol-Zakwan
Warih-Homestay-Skrol-Zakwan

SYABAS & TAHNIAH...!

- Warih Homestay -