Wednesday, January 24, 2018

Warih Homestay - Testimoni Pn Syafia

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Syafia
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Syafia
Sungguh mudah berurusan dengan Pn Syafia. Beliau book Warih Homestay untuk ibubapanya yang datang dari Muar. Urusan check-in pun mudah.
Selepas beliau check-out, saya dapati keadaan rumah seperti tidak digunakan. Rupanya beliau kemas sebelum keluar dan susun atur bantal & cadar seperti sebelum masuk. Syabas !!... Saya gembira dapat tetamu seperti beliau.

Kami doakan agar beliau berjaya dalam kerjaya beliau.
 
Warih Homestay
011.525.99.620

Monday, January 15, 2018

Warih Homestay - Tamu Sulung 2018

Awal tahun 2018, Alhamdulillah kami telah pun ada tempahan daripada Tn Hj Sulaiman & Dr Ijam.

Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-1
Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-1
Saya tak sempat berjumpa dengan Tn Hj Sulaiman kerana beliau amat sibuk dengan bisnes kateringnya. Bayangkan, beliau datang dari Grik ke sini atas urusan perniagaan dan menginap semalam di Warih Homestay. Keesokkannya dah pulang semula ke Grik untuk urusan lain pula.

Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-2
Warih-Homestay-Testimoni-Tn-Hj-Sulaiman-2
Walaupun begitu, beliau masih sudi melayan wasap saya. Memang hebat Tn Hj Sulaiman.

Saya doakan agar perniagaan Tn Hj Sulaiman bertambah maju dan berjaya, Insya Allah.. Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Friday, January 12, 2018

Warih Homestay - Tn Ilmi Ganu - Repeat Guest

Tak sangka dapat tetamu yang berulang iaitu Tn Khairul Ilmi (abam bomba dari Ganu Kite)

Beliau pernah menginap di Warih Homestay pada bulan Mei tahun lepas. Alhamdulillah beliau sekeluarga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan selesa untuk menginap di sini atas urusan menziarahi adik beliau yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Warih-Homestay-Testimoni-Ilmi
Warih-Homestay-Testimoni-Ilmi
Beliau sampai awal pagi dan terus check-in di Warih Homestay. Kami juga sangat senang berurusan dengan beliau. Very gentleman dan straight forward.

Kami doakan agar adik beliau dapat menamatkan pengajian di UPM ini dengan cemerlang dan menggenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan beliau sekeluarga, Insya Allah... Aminn..
 
Warih Homestay
011.525.99.620

Friday, January 5, 2018

Warih Homestay - Pn Rasidah Dari JB Atas Urusan Pengajian

Salam Sejahtera... agak lama saya tak berkesempatan untuk update blog Warih Homestay.. atas sebab peribadi (macam lah sibuk bona..he..he..) walaupun begitu rezeki dari Allah, Alhamdullah masih ada.

Warih-Homestay-Pn-Rasdiah-Dan-Pn-Najiah
Warih-Homestay-Pn-Rasdiah-Dan-Pn-Najiah
Pada pertengahan bulan Disember tahun lepas, tetamu istimewa saya adalah dari Johor Baharu. Pn Rasidah hadir bersama rakan baik beliau PnNajiah untuk urusan thesis mereka di sebuah universiti terkemuka di sekitar kawasan sini.

Alhamdulillah, walaupun secara walk-in reservation melalui Booking.com, bukanlah satu masalah besar buat pengurusan Warih Homestay kerana unit kami memang telah tersedia untuk tetamu.

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Rasidah
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Rasidah

Dengan adanya high speed fibre broadband unlimited package, mereka mampu menyiapkan thesis bagi pengajian ijazah mereka ditambah pula dengan kemudahan makanan ringan dan minuman yang kami sediakan secara FOC, mereka tak perlu keluar rumah lagi untuk mengalas perut...!


Kami doakan agar Pn Rasidah & Pn Najiah berjaya dalam pengajian mereka untuk menggenggam segulung ijazah.... Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620