Tuesday, March 28, 2017

En Iwan dari Nismilan...waghih sey tuh... check-in ari nih untuk 3H 2M.

Beliau datang satu family... ado kursus pertanian kek Mardi, Serdang.

Kami doakan agar bisnes beliau terus maju dan sukses... Insya Allah.

Nampak tadik anak-anak beliau dah tak soba nak tiruk kek swimming pool tuh.... hu hu...

- Warih Homestay -

Monday, March 27, 2017

Warih Homestay - Testimoni Cikgu Sharif

Warih-Homestay-Testimoni-Cikgu-Sharif
Warih-Homestay-Testimoni-Cikgu-Sharif
Warih-Homestay-Testimoni-Cikgu-Sharif2
Warih-Homestay-Testimoni-Cikgu-Sharif2


 

Saturday, March 25, 2017

Warih Homestay - Cikgu Sharif Dari Melaka


Selamat Sejahtera Cikgu Shaari...!  Eehhh bukan... Abihtu...?

Cikgu Sharif... Ooo...

Cikgu Sharif sekeluarga datang dari Melaka. Hari ini beliau mengambil keputusan untuk menginap di Warih Homestay kerana menziarahi anaknya yang belajar di universiti di sekitar sini.

Cikgu Sharif merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam dunia perguruan.

Dan beliau juga mudah mesra dengan kami. Mudah untuk berurusan dengan Cikgu Sharif..!

Kami mengucapkan selamat datang kepada beliau dan diharapkan agar beliau sekeluarga gembira semasa berada di Warih Homestay

- Warih Homestay -

Wednesday, March 22, 2017

Warih Homestay - Tetamu Dari Sabah

Warih-Homestay-En-Iwan-Sekeluarga

Salam Sejahtera, agak lama saya tidak update blog ini kerana sedikit sibuk menguruskan perjalanan homestay apabila telah mula menerima beberapa tempahan melalui Booking.com dan juga melalui rakan baik saya iaitu En Sharizan di Nofahomestays.com

Kali ini tetamu saya adalah En Iwan daripada Kota Kinabalu, Sabah. Beliau amat peramah dan friendly... begitu juga dengan keluarga beliau.

En Iwan membawa keluarga beliau bermalam di Warih Homestay sebelum keluarganya pulang dengan flight pada Jumaat ini, Insya Allah.

Pengurusan Warih Homestay mengucapkan Ahlan-Wasahlan kepada keluarga En Iwan dan semoga keluarga beliau selesa dan seronok berada di Warih Homestay

- Warih Homestay -