Showing posts with label Tetamu. Show all posts
Showing posts with label Tetamu. Show all posts

Thursday, November 21, 2019

Warih Homestay - Kunjungan Mejar Zarif

Warih-Homestay-Mejar-Zarif-Navy
Warih-Homestay-Mejar-Zarif-Navy
Kali ini pengurusan #WarihHomestay menerima tetamu daripada Kuantan iaitu Mejar Zarif bersama keluarga beliau yang menginap di Warih Homestay Sri Cempaka, Kajang. Beliau bertugas di dalam bidang perkapalan (Navy).

Orangnya sangat ramah.. apa lagi, macam-macam soalan yang saya tanya tentang bidang Navy nih pd beliau... baru saya tahu bukannya mudah tugasan di lautan samudera... memang sangat mencabar.... patut lah sey tak layak kojo kek bidang kapal nih... takut asik muntah laut yo nanti...kui...kui...

- Warih Homestay -

#MRTKajang  #UPMSerdang #OUMBangi #SateSamuri
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden #HospitalSerdang
#MAEPS #MIECC #Uniten #IUKL
#TIMEFibreBroadband #500Mbps #Bedosuptekau #Testimoni #6Bintang

Tuesday, October 22, 2019

Warih Homestay - Cikgu Nemie Dari Pulau Pinang


Cikgu Nemie sekeluarga daripada Pulau Pinang menginap di Warih Homestay kerana anaknya mengambil bahagian di dalam pertandingan taekwondo di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya yang jaraknya hanya berjalan kaki sahaja daripada homestay kami.


Kami doakan agar anak beliau meraih pengalaman berharga dan berjaya memperolehi kemenangan di dalam pertandingan pada kali ini, Insya Allah.

- Warih Homestay -

#MRTSerdang  #UPMSerdang #StadiumTertutupMPSJ
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden #HospitalSerdang
#MAEPS #MIECC #Uniten #IUKL #taekwondo

Monday, August 26, 2019

Warih Homestay - Pelajar UPM Jurusan Biologi

Warih-Homestay-Anis-Student-UPM
Warih-Homestay-Anis-Student-UPM
Cik Anis dan rakan-rakan mereka adalah pelajar tahun akhir UPM jurusan Biologi dan sedang menyiapkan FYP. Mereka memilih Warih Homestay kerana suasana yang santai dan selesa disamping amat berdekatan dengan UPM.

Kami doakan agar kesemua mereka dapat menghabiskan pengajian mereka dengan cemerlang dan seterusnya mengenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan keluarga, Insya Allah.

- Warih Homestay -

#MRTSerdang  #UPMSerdang #StadiumTertutupMPSJ
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden #HospitalSerdang
#MAEPS #MIECC #Uniten #IUKL #FinalYearProject
#YamahaGenBlu2019 #ArtofSpeed

Monday, July 22, 2019

Warih Homestay - Kunjungan Pn Zaiton Dari Bahau

Warih-Homestay-Pn-Zaiton-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Zaiton-Sekeluarga
Kali ini tetamu kami adalah Pn Zaiton dari Bahau... warigh sey dari Nismilan...!

Datang bersama keluarganya bagi mendapatkan rawatan di Hospital Serdang yang memang tidak jauh dari #WarihHomestay.

Orangnya ceria dan peramah serta mudah untuk di bawa berbual.

Kami doakan agar ahli keluarga beliau dimudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan oleh Allah SWT...Aminn...

- Warih Homestay -

#MRTSerdang  #UPMSerdang #StadiumTertutupMPSJ
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden #HospitalSerdang
#MAEPS #MIECC #Uniten #IUKL
#YamahaGenBlu2019

Monday, July 1, 2019

Warih Homestay - Team Karate Sabah

Warih-Homestay-Team-Karate-Sabah-Tiba-Di-Kondo-Univ360
Warih-Homestay-Team-Karate-Sabah-Tiba-Di-Kondo-Univ360
Team Karate Sabah akhirnya tiba di lobi Kondominium Univ360 pada jam 5.00 ptg. Pakcik yang kat tepi tuh bukan wakil Sabah ya, sila abaikan jer...

Walaupun diorang kecik jer, tapi jangan memain... kalau dia karate pakcik nih, mau seminggu demam...

Nampak memang excited betul anak2 buah Pn Selly nak jadi juara dalam "6th Legend International Karate Club Championship" yang diadakan di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan.

Warih-Homestay-Team-Karate-Sabah-Check-In
Warih-Homestay-Team-Karate-Sabah-Check-In
Apa pun, pengurusan Warih Homestay mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada team Karate Sabah... semoga mereka mendapat kemenangan dan kejayaan pada tournament kali ini...

- Warih Homestay -

#MRTSerdang  #UPMSerdang #StadiumTertutupMPSJ
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden
#MAEPS #MIECC #Uniten #IUKL

Monday, June 24, 2019

Warih Homestay - Interview di UPM


Ahlan Wa Sahlan kepada Tn Hj Rusdi dari Kg Selising, Kelantan ke Warih Homestay.

Beliau menginap di sini kerana menghantar anaknya untuk menghadiri interview di UPM.

Kami doa kan agar anak beliau berjaya di dalam temuduga di UPM esok.

Walaupun letih kerana perjalanan yang jauh, namun anak kecil Tn Hj begitu teruja dan tak sabar-sabar nak berdebur dalam swimming pool kat bawah...


- Warih Homestay -

#MRTSerdang  #UPMSerdang #interviewUPM
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden
#MAEPS #MIECC #Uniten #IUKL

Monday, May 13, 2019

Warih-Homestay - Pn Nora Dari Jabatan Kesihatan Rompin

Warih-Homestay-Pn-Nora-Jabatan-Kesihatan-Rompin
Warih-Homestay-Pn-Nora-Jabatan-Kesihatan-Rompin
Pes taim kami terima tetamu yang lain dari yang lain. Pn Nora dan rakan beliau dari Jabatan Kesihatan Rompin Pahang datang menginap di #WarihHomestay kerana menghadiri Sambutan Hari Jururawat 2019 yang di adakan di #MAEPS Serdang.

Kami mengucapkan "Selamat Hari Jururawat 2019" kepada seluruh jururawat di Malaysia yang mana pengorbanan mereka amat besar kepada kita.

Mereka adalah #usungheroes atau wira yang tidak didendang atas kerja keras mereka demi memastikan setiap pesakit mendapat perkhidmatan yang terbaik...

- Warih Homestay -

#MRTSerdang  #UPMSerdang
#BangiFleaMarket  #BangiSentral
#BerylsChocolate  #G2GAnimalGarden
#HariJururawatSedunia #HappyNursesDay

Saturday, May 4, 2019

Warih Homestay - En Aizat Yang Ohsem

Warih-Homestay-Pn-Shidah-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Shidah-Sekeluarga
Tuan daripada mana, tanya saya ...

          Saya baru sampai KLIA dari Switzerland, balas En Aizat...

Wow...!! Hebat btol...! 

         Tambah En Aizat lagi... Saya jadi mutawwif... dan saya juga membantu Ustaz Haslin dalam urusan pelancongan ke negara Eropah...

Fuhh...!! Kiranya selalu lah ke obersi ya...

         Saya juga ada kilang roti di Kapar... dan hantar kat pusat tahfiz di sekitarnya...

Pergghh...!! Memang hebat tetamu homestay saya kali nih... !!

Walaupun sedikit penat, beliau tetap kelihatan ceria bersama isterinya, Pn Shidah dan anak-anak yang tak sabar nak mandi di kolam renang....

- Warih Homestay -
#MRTSerdang #UPMSerdang
#BerylsChocolate #KLIA
#G2GAnimalGarden

Monday, April 29, 2019

Warih Homestay - Tetamu Dari Arau

Warih-Homestay-Univ360-En-Shukri-Sekeluarga
Warih-Homestay-Univ360-En-Shukri-Sekeluarga
Drive dari Arau, Perlis ke Serdang, Selangor memang memenatkan tambahan bila hujan kat jalan.

Tapi bila check-in jer di Warih Homestay Univ360, anak-anak En Shukri nampak ceria dan eksaited btol...

"Papa, jom kita mandi swimming pool" ajak si anak ...

"Papa, ari nih kita masak megi ye" kata anak yang lain bila nampak snacks yang kami sediakan secara complimentary... ya betul... it is Free Of Charge !! (FOC)

Semoga En Shukri dapat pergi ke meeting di MOA Putrajaya pagi ni dengan hati yang tenang....


- Warih Homestay -

#UPMSerdang #MOAPutrajaya
#FlatBosnia #BerylsChocolate
#MRT2 #SerdangJaya
#StadiumMPSJSerdangJaya

Monday, March 25, 2019

Warih Homestay - Kunjungan Pn Ida Dari Kedah

Keluarga Pn Ida akhirnya sampai juga ke Warih Homestay Sri Cempaka Kajang setelah menempuh perjalanan yang memenatkan akibat traffic jam kerana berlakunya kemalangan treler di Terowong Menora.
Warih-Homestay-Sri-Cempaka-Keluarga-Pn-Ida
Warih-Homestay-Sri-Cempaka-Keluarga-Pn-Ida
Mereka menginap di sini kerana menghadiri kenduri kahwin di Kajang sempena cuti sekolah bulan Mac ini.

Semoga Pn Ida sekeluarga dapat merehatkan diri dan selesa sepanjang berada di homestay kami.

- Warih Homestay -
011.525.99.620

#OUMBangi #UKMBangi
#JPJSeksyen7Bangi #MRTKajang
#SateBaung #SateKajang

Monday, February 11, 2019

Warih Homestay - Dr Haida Dari HUSM Kelantan

Warih-Homestay-Sri-Cempaka-Kajang-Dr-Haida
Warih-Homestay-Sri-Cempaka-Kajang-Dr-Haida
Pengurusan Warih Homestay merasa amat bertuah kerana tetamu istimewa kali ini semuanya adalah doktor yang datang dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Mereka hadir kerana ada tugasan penting di #HospitalSerdang.

Amat mudah untuk berurusan dengan Dr Haida dan rakan-rakannya. Very friendly and professional.

Semoga Dr Haida dan rakan-rakan merasa selesa dan enjoy sepanjang berada di Warih Homestay Seri Cempaka, Kajang.

- Warih Homestay -
011.525.99.620

#UPMSerdang #MAEPS #HospitalSerdang
#SateBaung #SateSamuri
#Uniten #OUMBangi
#MIECC #MRTKajang

Friday, December 21, 2018

Warih Homestay - Percutian Pn Nozlena Dari Penang

Warih-Homestay-Pn-Nozlena-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Nozlena-Sekeluarga
Ceria keluarga Pn Nozlena dari Penang yang memilih Warih Homestay untuk percutian mereka kali ni...
Alhamdulillah, mereka selesa tambahan plak ada swimming pool... apa lagi.. pagi² dah bedebur je la bebudak kecik tuh... he he..
Meh ler try Warih Homestay kat Univ360 Kondo di Sri Kembangan, Selangor... 

5 min jer ke UPM, 10 min jer ke MAEPS

Monday, November 19, 2018

Warih Homestay - Kunjungan Cikgu Asnita

Rombongan Cikgu Asnita bersama rakan-rakan beliau untuk menginap di #WarihHomestay kali ini adalah bagi menguruskan satu acara konvokesyen di #UPM.Serdang.

Warih-Homestay-Cikgu-Asnita-Bersama-Rakan-Rakan
Warih-Homestay-Cikgu-Asnita-Bersama-Rakan-Rakan
Asalnya hanya menginap untuk semalam. Kemudian ditambah semalam lagi, mungkin kerana sibuk dengan urusan penganjuran acara tersebut. Akhirnya ditambah untuk semalam lagi menjadikan semuanya 3 malam berturut-turut.

Alhamdulillah, kami amat2 berterima kasih kepada Cikgu Asnita & rakan-rakannya kerana sudi menginap di sini. Semoga mereka selesa sepanjang tempoh penginapan tersebut.

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Monday, November 5, 2018

Warih Homestay - Adik Tn Ilmi Berjaya Genggam Ijazah Pada Konvokesyen UPM Ke 42

Warih-Homestay-Adik-Tn-Hilmi-Konvo-UPM-Ke-42
Warih-Homestay-Adik-Tn-Hilmi-Konvo-UPM-Ke-42
Akhirnya adik kepada Tn Hilmi  Abam Bomba Ganu Kiter berjaya menggenggam segulung ijazah pada #KonvokesyenUPM ke 42 baru-baru ini.

Tahniah daripada kami di #WarihHomestay kepada Tn Hilmi sekeluarga.

Semoga adik beliau terus berjaya dalam bidang yang diceburi, Insya Allah.

Kepada Tn Hilmi, jutaan terima kasih kerana sudi menjadikan Warih Homestay sebagai port mereka setiap kali turun ke #UPMSerdang.
Warih-Homestay-Tn-Hilmi-Beri-Kepok-Ganu
Warih-Homestay-Tn-Hilmi-Beri-Kepok-Ganu
Timakasih juga sebab bagi kami rasa kepok Ganu yang sedap nih...perrgghh..!



Kami pernah memuatnaik citer diorang lepak kat #WarihHomestay kat sini

http://www.warihhomestay.com/2018/01/ilmi-repeat-guest.html

dan sini...

http://www.warihhomestay.com/2017/05/testimoni-ilmi-dungun.html


Moga kita ketemu lagi di lain kali, Tn Ilmi Abam Bomba Yg Berjaya....!!

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Thursday, July 12, 2018

Warih Homestay - Tetamu Benua Arab

Sedang menunggu tetamu dari Yemen untuk check-in hari nih... saspen
Warih Homestay
011.525.99.620

Friday, June 29, 2018

Warih Homestay - En Ayman Dari Arab Saudi

" Wa Alikum AIslam... sometime between 7pm and 9pm tomorrow " balas En Ayman selepas saya tanya bila dijangka sampai ke Warih Homestay.

        Beliau adalah tetamu kami dari Arab Saudi yang buat 'Last Minute Booking' melalui Booking.com


      Dah beberapa kali kami terima guest yang buat 'Last Minute Booking' dan Alhamdulillah, kami tiada masalah kerana Insya Allah kami always available.

Warih-Homestay-Aiman-Arab
Warih-Homestay-Aiman-Arab
Tak lama kendian, wasap saya bebunyik lagik... treett...teret...

" Our flight is delayed 1 hour. Will reach hotel around 7.30

           " Ok hope everything is in order.    Its a homestay sir, not a hotel " balas saya ... 

he he.. ghisau gak kalau persepsi beliau umah saya setup macam hotel plak nanti...


Last skali beliau sampai gak dalam 8.15 pm. Lepas sambut beliau dan keluarga, saya tanya tujuan beliau datang ke sini.

" Yes, I come here for vacation " ujarnya.

Alhamdulillah... nama Warih Homestay dah menjangkau sampai ke Arab rupanya...


Harapan kami agar beliau dan keluarganya selesa sepanjang menginap di Warih Homestay


- Warih Homestay -
011.525.99/620

#WarihHomestay
#Booking.com
#LastMinuteBooking
#MAEPS
#UPMSerdang

Friday, June 22, 2018

Warih Homestay - Pn Wahiyah Dari Alor Setar

" Assalamualaikum ... nak confirm semula... FOC toto & extra pillow.. ada yea ? Maaf bertanya " tanya Pn Wahiyah dari Alor Star, Kedah

       " Waalaikumussalan, Insya Allah kami bekalkan toto & bantal FOC.." balas saya

" Ok, Insya Allah, nanti dah bank-in deposit sy maklum yea " janji Pn Wahiyah


Itu perbualan saya dengan Pn Wahiyah yang bertanya tentang #WarihHomestay seawal bulan April lagi, untuk penginapan pada hari raya nanti.

Memang beliau bijak menempah awal bagi mengelakkan homestay sold-out selepas raya.

Warih-Homestay-Pn-Wahiyah-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Wahiyah-Sekeluarga
Hari ini beliau akan check-in.

" Salam encik, Insya Allah pukul 2 lebih kot baru sampai..." wasap Pn Wahiyah

" Apa2 sy tel lepas solat Jumaat yea..." tambah beliau lagi.

         " Ok... hati-hati memandu " balas saya


Dah nak masuk kol 3 saya tunggu tapi beliau masih tak sampai lagi... tetiba wasap saya berbunyi..

" Tersilap masuk KL pula. Cari jln lg ni. Tunggu kejap ya " mesej dari Pn Wahiyah

           "Ok... hati-hati memandu " balas saya semula.

Saya memang faham kerana kadang-kadang bila ikut GPS, laluan yang ditempuh tak seperti yang diharapkan. Asam garam kami sebagai operator homestay... perlu tunggu tetamu sehingga mereka selamat check-in.


Perbualan ringkas saya dengan ayah beliau yang telah lama pencen kerajaan, mereka datang kerana ada kenduri kahwin di dewan UPM. Jadi mereka lebih selesa menyewa homestay.

Saya nampak anak-anak Pn Wahiyah cukup teruja dan tak sabar-sabar nak bedebur kat swimming pool... semoga mereka selesa menginap di Warih Homestay

- 011.525.99.620 -
- Warih Homestay

Tuesday, April 17, 2018

Warih Homestay - Pn Ahya Dari Teluk Intan, Perak

Warih-Homestay-Pn-Noor-Ahya-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Noor-Ahya-Sekeluarga
"Encik ada reserve parking tak untuk 2 kereta" wasap Pn Noor Ahya pada saya...

          "Insya Allah ada parking untuk 2 kereta" balas saya

Antara wasap ringkas saya dengan Pn Ahya... beliau datang dari Teluk Intan, Perak.

Setengah jam selepas tu, masuk pula wasap baru...

       "Encik kalau kami nak check-in awal sikit dari jam 3.30 petang, boleh tak ? "

" Boleh... jam berapa agaknya, Pn " tanya saya semula

       " Dalam pukul 2, boleh ke ..? "

" Insya Allah saya cuba Pn... sebab esok saya ada guest yang akan check-out dan saya perlu sedikit masa untuk housekeeping... rasanya sempat Pn..."


 Insya Allah kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak tetamu kami agar mereka berasa selesa menginap di #WarihHomestay


Semasa check-in, dalam perbualan ringkas saya,suami beliau menyatakan yang beliau sedang menyambung pelajaran peringkat Master di Universiti Putra Malaysia (UPM)... dan Pn Ahya pula berkursus di sekitar sini juga.

Kami doakan agar suami Pn Ahya dapat mencapai kecemerlangan dalam pengajian Sarjana beliau... Insya Allah... Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620

 

Wednesday, April 4, 2018

Warih Homestay - Kunjungan Pn Shikin & Ibu


Warih-Homestay-Pn-Shikin-Bersama-Ibu
Warih-Homestay-Pn-Shikin-Bersama-Ibu
"Insya Allah kami akan sampai sekejap lagi, encik" wasap Pn Shikin pada saya. Beliau pergi menjemput ibu dan makciknya di BTS terlebih dahulu sebelum check-in di Warih Homestay.  

"Ok " ... balas ringkas saya.

Alhamdulillah akhrinya jam 4ptg mereka sekeluarga telah selamat berada di Warih Homestay.

Walaupun sedikit keletihan berada di dalam bas selama beberapa jam dari Kluang, Johor  namun mereka tidak menolak ketika saya minta mereka bergambar bersama untuk dimuatkan di dalam blog ini. Memang sporting...!

Mereka menginap kerana menghadiri urusan perkahwinan di sekitar Serdang.

Semoga Pn Shikin sekeluarga selesa semasa menginap di Warih Homestay.

- Warih Homestay

Monday, April 2, 2018

Warih Homestay - Cikgu Azhari Dari Sabak Bernam

Warih-Homestay-Cikgu-Azhari-Sabak-Bernam
Warih-Homestay-Cikgu-Azhari-Sabak-Bernam
"Encik.. kami masuk dulu ya... parking di tingkat 1" wasap Cik Azyan pada saya..

Saya nak solat jap... balas saya kepada beliau.

"Eehh.. silap bukan tingkat 1... kalau tingkat 1 kena naik atas... ini dari security guard terus ke tempat parking " wasap Cik Azyan pada saya sekali lagi...

Saya senyum sahaja... tetamu saya kali ini memang suka berterus terang beri penerangan kepada saya. Belum sempat saya reply, saya dah pun jumpa beliau sekeluarga di tempat yang dimaksudkan.

Mudah untuk saya memulakan perbualan ringkas dengan bapa beliau, En Azhari dari Sabak Bernam dan beliau rupanya adalah seorang guru... dan bakal bersara tidak lama lagi... besar jasa Cikgu mendidik anak bangsa menjadi insan berguna....

Sementara Cik Azyan pula bakal menamatkan pelajaran di UPM tidak lama lagi... Syabas Cik Azyan..!

Harapan kami semoga Cikgu Azhari sekeluarga selesa menginap di Warih Homestay

- Warih Homestay-
011.525.99.620