Friday, June 22, 2018

Warih Homestay - Pn Wahiyah Dari Alor Setar

" Assalamualaikum ... nak confirm semula... FOC toto & extra pillow.. ada yea ? Maaf bertanya " tanya Pn Wahiyah dari Alor Star, Kedah

       " Waalaikumussalan, Insya Allah kami bekalkan toto & bantal FOC.." balas saya

" Ok, Insya Allah, nanti dah bank-in deposit sy maklum yea " janji Pn Wahiyah


Itu perbualan saya dengan Pn Wahiyah yang bertanya tentang #WarihHomestay seawal bulan April lagi, untuk penginapan pada hari raya nanti.

Memang beliau bijak menempah awal bagi mengelakkan homestay sold-out selepas raya.

Warih-Homestay-Pn-Wahiyah-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Wahiyah-Sekeluarga
Hari ini beliau akan check-in.

" Salam encik, Insya Allah pukul 2 lebih kot baru sampai..." wasap Pn Wahiyah

" Apa2 sy tel lepas solat Jumaat yea..." tambah beliau lagi.

         " Ok... hati-hati memandu " balas saya


Dah nak masuk kol 3 saya tunggu tapi beliau masih tak sampai lagi... tetiba wasap saya berbunyi..

" Tersilap masuk KL pula. Cari jln lg ni. Tunggu kejap ya " mesej dari Pn Wahiyah

           "Ok... hati-hati memandu " balas saya semula.

Saya memang faham kerana kadang-kadang bila ikut GPS, laluan yang ditempuh tak seperti yang diharapkan. Asam garam kami sebagai operator homestay... perlu tunggu tetamu sehingga mereka selamat check-in.


Perbualan ringkas saya dengan ayah beliau yang telah lama pencen kerajaan, mereka datang kerana ada kenduri kahwin di dewan UPM. Jadi mereka lebih selesa menyewa homestay.

Saya nampak anak-anak Pn Wahiyah cukup teruja dan tak sabar-sabar nak bedebur kat swimming pool... semoga mereka selesa menginap di Warih Homestay

- 011.525.99.620 -
- Warih Homestay