Friday, December 30, 2016

WarihHomestay - Testimoni Pn Asmah

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Asmah
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Asmah
Alhamdulillah... testimoni Pn Asmah yang mencarikan homestay untuk keluarga abangnya minggu terdahulu...beliau berpuashati dengan perkhidmatan kami.

Terima kasih Pn Asmah...!

Semoga Berjumpa Lagi..

- Warih Homestay -

Saturday, December 24, 2016

Warih Homestay - Testimoni Cik Kyra Sekeluarga

Warih-Homestay-Cik-Kyra-Dan Keluarga
Warih-Homestay-Cik-Kyra-Dan Keluarga
Tahniah kepada Cik Kyra kerana berjaya menggenggam segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen Kolej MASA di UPM minggu ini.

Warih-Homestay-Testimoni1-Cik-Kyra
Warih-Homestay-Testimoni1-Cik-Kyra
Beliau dan keluarga telah

Sunday, December 11, 2016

Warih Homestay - En Najib Bersama Abangnya dari Kelantan

Warih-Homestay-En-Najib-Bersama-Abangnya-Dari-Kelantan
Warih-Homestay-En-Najib-Bersama-Abangnya-Dari-Kelantan
Assalamualaikum, tetamu Warih Homestay pada hari ini ialah En Najib sekeluarga yang datang dari Kelantan bersama abang nya sempena MAHA 2016.

Memang meriah keluarga beliau terutamanya gelagat anak-anak kecil yang suka mengusik antara satu sama lain.

Anak-anak mereka juga tak sabar nak turun bedebor di swimming pool yang berada di tingkat enam Univ360 Place Condominium...!

Kami harapkan semoga keluarga En Najib dan abangnya gembira dan selesa sepanjang menginap di sini.

- Warih Homestay -

Saturday, December 10, 2016

Warih Homestay - Pn Asmah Menerima Menantu

Warih-Homestay-Pn-Asmah-Bersama-Keluarganya
Warih-Homestay-Pn-Asmah-Bersama-Keluarganya
Assalamualaikum, tetamu Warih Homestay pada kali ini iaitu Pn Asmah antara yang terawal menempah perkhidmatan kami semenjak ianya dilancarkan pada hujung bulan Ogos tahun ini.

Hari ini beliau hadir bersama adik-beradiknya bagi majlis kenduri kahwin anaknya....Beliau menempah Warih Homestay untuk kegunaan adik-beradiknya kerana beliau tinggal di sekitar kawasan sini sahaja.

Semoga adik-beradiknya (tak silap saya namanya Tn Hj Misnan) selesa dan selesa menginap di Warih Homestay.

Tahniah juga dari kami kepada Pn Asmah kerana telah menerima menantu.

Semoga kebahagian dan ikatan ukhuwah keluarga ini berpanjangan, Insya Allah...

- Warih Homestay -

Thursday, December 8, 2016

Warih Homestay - En Rasidin Dari Jabatan Veterinar Kelantan Di MAHA 2016

Warih-Homestay-En-Rasidin-Dari-Jabatan-Veterinar-Kelantan
Warih-Homestay-En-Rasidin-Dari-Jabatan-Veterinar-Kelantan
Assalamualaikum, hari ini Selasa 06 Dis 2016, kami menerima kunjugan En Rasidin dan rakan-rakan beliau yang memilih untuk menginap di Warih Homestay selama 4 malam.

Beliau & rakan-rakannya yang berpengkalan di Jabatan Veterinar Kelantan akan bertugas di Bahagian Pemakanan Haiwan pada pameran MAHA 2016 tahun ini.

Pastinya beliau & rakan-rakannya sangat arif tentang sistem pemakanan yang betul dan sempurna untuk haiwan ternakan. Kepada anda semua yang terlibat dalam bidang ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapat khidmat nasihat terus daripada En Rasidin & rakan-rakannya...!

Jumpo Kek Sano...!

- Warih Homestay -

Friday, December 2, 2016

Warih Homestay - Ayam Pusing Bonda Sajian Popular MAHA 2016

Warih-Homestay-Ayam-Pusing-Bonda
Warih-Homestay-Ayam-Pusing-Bonda
Assalamualaikum, ....Ayam Pusing Bonda...Tak Menang Tangan...!
Warih-Homestay-Ayam-Pusing-Bonda-Melayan Pelanggan
Warih-Homestay-Ayam-Pusing-Bonda-Melayan Pelanggan
 Sejak hari pertama MAHA 2016, gerai Nasi Ayam milik Pn Norazita yang diberi nama 'AYAM PUSING BONDA' sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk

Thursday, December 1, 2016

Warih Homestay - Pn Norazita Usahawan Berjaya MAHA 2016

Warih-Homestay-Pn-Norazita-Usahawan-MAHA-2016
Warih-Homestay-Pn-Norazita-Usahawan-MAHA-2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah...tetamu yang saya tunggu-tunggu akhirnya telah selamat check-in pada hari ini 30 Nov 2016.

Beliau adalah Pn Norazita bersama suaminya Pok Ya dan anaknya, merupakan usahawan berjaya dan salah satu daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam MAHA 2016 di MAEPS pada kali ini.

Beliau mengusahakan perniagaan makanan iaitu NASI AYAM dan booth beliau diberi nama 'AYAM PUSING BONDA'.

Kepada Tuan/Puan yang dah sampai atau bercadang nak ke pameran MAHA 2016 di MAEPS, saya syorkan pergi dan rasai kelainan NASI AYAM dan ke'special'an resipi 'AYAM PUSING BONDA' yang di datangkan khas dari Kelantan...!

Jumpo Kek Sano...!

- Warih Homestay -