Wednesday, November 9, 2016

Warih Homestay - Tetamu Dari Kedah

Warih-Homestay-En-Kamal-Dari-Kedah
Warih-Homestay-En-Kamal-Dari-Kedah
Assalamualaikum, Alhamdulillah...hari ini Warih Homestay menerima kunjugan tetamu istimewa dari negeri Jelapang Padi iaitu En Kamal dari Kedah Darul Aman.

Saya tak akan lupakan En Kamal kerana beliau merupakan antara pelanggan yang terawal menelefon saya semasa saya mula-mula membuka tempahan homestay ini kepada umum pada bulan September 2016 yang lalu.

Beliau hadir bersama keluarganya untuk mengiringi isterinya menerima skrol ijazah sempena Konvokesyen Institut Perguruan Guru di MAEPS esok.

Sekalung tahniah dari kami buat isteri En Kamal di atas kejayaan tersebut.

Semoga beliau sekeluarga selesa menginap di Warih Homestay.

-Warih Homestay -