Saturday, November 12, 2016

Warih Homestay - Cikgu Mazni Yang Cekal

Warih-Homestay-Keluarga-Cikgu-Mazni
Warih-Homestay-Keluarga-Cikgu-Mazni
Assalamualaikum kepada semua...!

Alhamdulillah, tetamu Warih Homestay kali ini tidak kurang hebatnya. Beliau adalah Pn Mazni atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mazni dari Kedah.

Beliau hadir bersama keluarga bagi menerima scroll ijazah pada Majlis Konvokesyen Institut Perguruan (IPG) di MAEPS pada 11 Nov 2016.

Melalui perbualan ringkas, Cikgu Mazni beritahu saya  bahawa beliau banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit bagi mencapai cita-cita beliau di dalam bidang pendidikan.

Tak silap saya lebih kurang 4 tahun lamanya...!

Walaupun sudah berkeluarga dan jarak antara kampus dan rumah yang agak jauh, beliau tetap komited dan fokus.....

Dan kini, Alhamdulillah...pengorbanan beliau berbaloi apabila dapat menamatkan pengajian dengan jayanya....

Syabas & TAHNIAH dari kami...

Salute Cikgu Mazni...!

-Warih Homestay -