Monday, May 28, 2018

Warih Homestay - Kunjungan Ustaz Zakaria Al-Quran Haraki

Warih-Homestay-Ustaz-Zakaria-AlQuran-Haraki
Warih-Homestay-Ustaz-Zakaria-AlQuran-Haraki
"Saya tempah untuk sepupu saya dan beliau akan sampai lewat sket sebab beliau dari Kamunting" kata En Azwan.

Ok balas saya.

Dalam masa menunggu tetamu sampai saya pun layan Astro Awani... citer apa tah tak ingat plak dah..

"Assalamualaikum En Zamree... Insya Allah lagi 5 minit saya sampai ya" ... saya pun jawab Orait.

Bila tetamu ini sampai dan saya lihat profile kat wasap beliau, saya rasa saya pernah jumpa wakil pekerja dari Program Al-Quran Haraki yang pernah datang buat seminar pendek di tempat kerja saya lebih kurang 6 bulan lepas.

"Ooohh .. itu adik saya... dia duduk kat Putrajaya.." kata Ustaz Zakaria.

Warih-Homestay-Testimoni-Ustaz-Zakaria-Haraki
Warih-Homestay-Testimoni-Ustaz-Zakaria-Haraki
Rupa-rupanya tetamu saya kali ini iaitu Ustaz Zakaria Nasruddin adalah CEO dan Pengasas Kelas Al-Quran Keadah Haraki iaitu satu kaedah belajar Al-Quran yang unik dan luarbiasa yang membolehkan seseorang yang tiada asas tentang Al-Quran mampu untuk membaca Al-Quran dalam masa 7 jam sahaja.

Memang hebat dan menakjubkan kaedah yang beliau cipta ini...!

Dan ianya telah mendapat pengiktrifan dan memenangi anugerah samada dalam mahupun luar negara.

Kepada yang berminat, boleh lah klik kat sini --> http://haraki.my atau Facebook beliau di https://www.facebook.com/KelasAlQuranHaraki/

Semoga usaha murni Ustaz Zakaria dapat menambah minat masyarakat kita untuk lebih mendekati Al-Quran dan mendapat balasan pahala yang berterusan dari Allah SWT... Insya Allah...

- Warih Homestay -
011.525.99.620