Saturday, March 19, 2016

Warih Homestay : Meja Makan & Rak Kasut

Warih Homestay : Pemasangan Meja Makan
Warih Homestay : Pemasangan Meja Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Warih Homestay.

Entri kali ini agak ringkas sahaja kerana saya hanya berkesempatan menambah 2 perabot sahaja lagi iaitu
set meja makan dan rak kasut yang saya beli pada 08 Mac yang lepas di kedai perabot Sungai Chua.


Warih Homestay : Pemasangan Meja Makan Sambil Diperhatikan Oleh Penyelia
Warih Homestay : Pemasangan Meja Makan Sambil Diperhatikan Oleh Penyelia

Oleh kerana set meja makan tersebut tiada dalam stok dan perlu ditempah, maka penghantaran hanya dapat dilakukan pada minggu berikutnya. Takpa lah, saya pun tak urgent sangat sebab masih ada beberapa barangan kecil yang belum dibeli bagi melengkapkan homestay pertama saya ini.


Warih Homestay : Meja Makan & Rak Kasut Yang Telah Sedia Untuk Digunakan
Warih Homestay : Meja Makan & Rak Kasut Yang Telah Sedia Untuk Digunakan

Setelah beberapa kali 'deal' dengan driver kedai untuk penghantaran perabot, maka akhirnya ianya dapat juga dihantar pada Khamis 17 Mac.

Alhamdulillah.