Showing posts with label Penginap. Show all posts
Showing posts with label Penginap. Show all posts

Saturday, October 7, 2017

Warih Homestay - Zakwan Berjaya

Warih-Homestay-Zakwan-Terima-Diploma
Warih-Homestay-Zakwan-Terima-Diploma

Tahniah kepada En Zakwan yang berjaya menggenggam skroll pada Majlis Konvokesyen Ke 16, Kolej Universiti Agrosains Malaysia yang diadakan di Universiti Putra Malaysia minggu ini.
Warih-Homestay-Zakwan-Bersama-Ibubapa-Tersayang
Warih-Homestay-Zakwan-Bersama-Ibubapa-Tersayang

Nampak kepuasan pada airmuka anak muda yang berasal dari Bentong, Pahang ini kerana hari bersejarah ini turut dikongsi bersama ibu & bapa beliau yang turut hadir ke majlis konvokesyen ini. Pengurusan Warih Homestay mengucapkan syabas dan turut berkongsi kegembiraan di atas kejayaan beliau.
Warih-Homestay-Skrol-Zakwan
Warih-Homestay-Skrol-Zakwan

SYABAS & TAHNIAH...!

- Warih Homestay -

Saturday, February 4, 2017

Warih Homestay - Tn Effendy Dari Bukit Katil, Melaka

Warih-Homestay-Bersama-Tn-Effendy-Sekeluarga
Warih-Homestay-Bersama-Tn-Effendy-Sekeluarga
Orangnya memang cool dan very friendly... ramah dan mudah mesra....

Itulah dia Tn Effendy dari Bukit Katil, Melaka. Datang menginap ke Warih Homestay hari ini bersama keluarga tersayang... anak-anak beliau pun dah tak sabar nak mandi kat swimming pool...!

Dari perbualan ringkas, Tn Effendy memaklumkan bahawa beliau ada kenduri kahwin di kawasan sekitar... Pengurusan Warih Homestay mendoakan agar urusan beliau sekeluarga dipermudahkan Allah...

Kami juga mengharapkan agar Tn Effendy selesa dan gembira menginap di sini ... Insya Allah.

- Warih Homestay -

Saturday, January 21, 2017

Warih Homestay : Team Sepaktakraw Sabah

Alhamdulillah, Warih Homestay masih menjadi kepercayaan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai penginapan di sekitar UPM dan MAEPS Serdang.

Insya Allah hari Isnin ini 23.1.2017 kami akan menerima guest iaitu Tn Malai Effendy dari Sabah. Beliau tempah 3 homestay sekaligus...!

Warih-Homestay-Tn-Malai-Berpuashati
Warih-Homestay-Tn-Malai-Berpuashati
Alhamdulillah, beliau gembira dan berpuashati dengan kaedah pengurusan homestay kami yang professional walaupun belum lagi duduk menginap.

Beliau bersama team sepaktakraw nya akan berkampung di Warih Homestay untuk tempoh seminggu bagi menghadapi Kejohanan Sepaktraw Piala Emas Khir Johari yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya yang jaraknya hanya berjalan kaki dari Warih Homestay...!


Kami doakan agar team sepaktraw beliau dapat berjaya dan menjadi johan dalam kejohanan ini.

- Warih Homestay -

Thursday, December 1, 2016

Warih Homestay - Pn Norazita Usahawan Berjaya MAHA 2016

Warih-Homestay-Pn-Norazita-Usahawan-MAHA-2016
Warih-Homestay-Pn-Norazita-Usahawan-MAHA-2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah...tetamu yang saya tunggu-tunggu akhirnya telah selamat check-in pada hari ini 30 Nov 2016.

Beliau adalah Pn Norazita bersama suaminya Pok Ya dan anaknya, merupakan usahawan berjaya dan salah satu daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam MAHA 2016 di MAEPS pada kali ini.

Beliau mengusahakan perniagaan makanan iaitu NASI AYAM dan booth beliau diberi nama 'AYAM PUSING BONDA'.

Kepada Tuan/Puan yang dah sampai atau bercadang nak ke pameran MAHA 2016 di MAEPS, saya syorkan pergi dan rasai kelainan NASI AYAM dan ke'special'an resipi 'AYAM PUSING BONDA' yang di datangkan khas dari Kelantan...!

Jumpo Kek Sano...!

- Warih Homestay -

Saturday, October 29, 2016

Warih Homestay - Pn Azizah Menziarahi Keluarga Di Serdang

Warih-Homestay-Pn-Azizah-Dan-Keluarga-Dari-JB
Warih-Homestay-Pn-Azizah-Dan-Keluarga-Dari-JB
Assalamualaikum,Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Pengampun.

Alhamdulillah, petang tadi tetamu istimewa kami iaitu Pn Azizah dari Johor Baharu telah selamat check-in ke Warih Homestay kira-kira jam 2.10 pm.

Beliau dan keluarga singgah untuk menziarahi keluarganya di Sri Serdang dan Putrajaya....satu amalan yang sangat mulia iaitu mengeratkan tali silatulrahim sesama Islam.

Mendengar keletah riang cucu beliau pastinya menjadikan percutian kali ini lebih bermakna buat keluarga ini....(kalau tak silap saya Raudhah namanya)

Pengurusan Warih Homestay mengucapkan selamat datang kepada Pn Azizah sekeluarga dan semoga hari ini menjadi hari yang ceria dan bermakna buat beliau sekeluarga, Insya Allah.

- Warih Homestay -

Tuesday, October 25, 2016

Warih Homestay - Testimoni Dr Shahlan

Warih-Homestay-Dr-Shahlan-Konvokesyen-UPM
Warih-Homestay-Dr-Shahlan-Konvokesyen-UPM
Assalamualaikum WRM WBK, Segala Puji Bagi Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui.

Warih-Homestay-Dr-Shahlan-Bersama-Ayah-Dan-Adiknya
Warih-Homestay-Dr-Shahlan-Bersama-Ayah-Dan-Adiknya
Alhamdulillah, Warih Homestay terus menerima

Saturday, October 15, 2016

Warih Homestay - Selamat Datang Cik Farhana dari Kluang, Johor

Warih-Homestay-Cik-Farhana
Warih-Homestay-Cik-Farhana
Assalamualaikum, Puji-Pujian Bagi Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Kuasa.

Alhamdulillah, semalam Warih Homestay menerima kunjungan tetamu istimewa dari Kluang, Johor iaitu Cik Farhana dan keluarga beliau yang telah selamat check pada waktu tengahari.

Beliau yang mengambil jurusan 'Islamic Banking' berada di sini kerana bakal bergelar seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke 40 pada tahun ini.

TAHNIAH dari kami ...!

Harapan kami agar Cik Farhana dan keluarga beliau berpuashati dengan perkhidmatan kami.

Kami doakan agar masa depan yang gemilang menjadi milik Cik Farhana dan semoga beliau terus sukses dalam bidang yang beliau ceburi, Insya Allah.

- Warih Homestay -

Thursday, October 6, 2016

Warih Homestay - Cik Rahima Dari Malaysian Financial Planning Counsel

Warih-Homestay-Malaysian-Planning-Financial-Council
Warih-Homestay-Malaysian-Planning-Financial-Council
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Kuasa.

Alhamdulillah, petang tadi Cik Rahima bersama-sama dengan rakan beliau telah selamat check-in di Warih Homestay hari ini.

Beliau dan rakan daripada Badan Profesional 'Malaysian Financial Planning Counsel' terlibat sebagai AJK bagi menjayakan program '3rd MFPC Financial Planning Tournament' yang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 07-09 Oktober 2016.

Untuk info lanjut sila klik --> '3rd MFPC Financial Planning Tournament'

Kami di Warih Homestay mendoakan agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Semoga beliau dan rakan-rakannya berpuashati menginap di Warih Homestay.


Tkasih

-Warih Homestay-

Sunday, October 2, 2016

Warih Homestay - En Anwar Tetamu Dari Serambi Mekah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah Warih Homestay telah menerima kunjungan daripada En Anwar dan keluarga beliau yang datang dari negeri Serambi Mekah iaitu Kelantan.

Beliau menginap di sini selama 2 hari atas urusan peribadi. Kami harapkan agar beliau dan keluarga berpuashati dengan penginapan di Warih Homestay.

Sekarang beliau dalam perjalanan untuk menghantar anak beliau ke Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan ke rumahnya di Machang, Kelanatan.

Kami doakan agar beliau selamat sampai dalam perjalanan dan Insya Allah semoga kita dapat bertemu lagi di lain waktu.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada En Anwar & keluarga.

-Warih Homestay-

Sunday, September 25, 2016

Warih Homestay - Puan Farida Dari IKBN Peretak - Gunting Rambut RM1

Warih-Homestay-Pn-Farida-IKBN-Peretak
Warih-Homestay-Pn-Farida-IKBN-Peretak
Assalamualaikum, semalam Warih Homestay telah menerima penginap yang istimewa iaitu Pn Farida dan anak  didiknya daripada IKBN Peretak. Beliau dan

Monday, September 19, 2016

Warih Homestay - Tetamu Dari Langkawi

Warih-Homestay-Testimoni-En-Azman
Warih-Homestay-Testimoni-En-Azman
Assalamualaikum, Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Pemberi Rahmat.

Semalam 18 Sept 2016 pada jam 1.20 tghari saya telah menerima panggilan daripada

Sunday, September 11, 2016

Warih Homestay - Meraikan Pengantin Baru En Abu Nain & Pn Siti Norbaizura

Warih-Homestay-Mengabadikan-Kenangan
Warih-Homestay-Mengabadikan-Kenangan
Assalamualaikum, Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Penyayang.

Hari ini tanggal 10 September 2016 adalah detik bersejarah bagi Warih Homestay kerana dapat meraikan pasangan pengantin baru iaitu En Abu Nain dan Pn Siti Norbaizura.

Tuesday, September 6, 2016

Warih Homestay - Penginap Kedua

Warih-Homestay-Bersama-Cikgu-Lokman
Warih-Homestay-Bersama-Cikgu-Lokman
Assalamualaikum & Salam Sejahtera....Jutaan terima kasih kepada penginap kedua Warih Homestay iaitu Cikgu Lokman sekeluarga daripada Kedah kerana telah sudi menginap di homestay kami bagi menguruskan pendaftaran adik iparnya sebagai pelajar baru di universiti berhampiran.

Semoga beliau dan keluarga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan kami doakan agar beliau sekeluarga sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah SWT.

 Insya Allah jika ada rezeki kita ketemu lagi.

Warih Homestay

Thursday, September 1, 2016

Warih Homestay - Pelanggan Sulung

Warih-Homestay-Pelanggan-Sulung
Warih-Homestay-Pelanggan-Sulung
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

           Segala Puji Bagi Allah, Yang Maha Besar Lagi Maha Kuasa. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tanah Air Malaysia Yang Ke 59. Semoga keamanan