Saturday, July 30, 2016

Warih Homestay : Kerja Pembaikan Di Bilik Tidur Utama


Assalamualaikum, kepada semua pengunjung Warih Homestay. Bertemu sekali lagi kita. Saya doakan kalian sentiasa mendapat rahmat Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam apa jua bidang yang kalian kerjakan.

Baiklah, pada 27 Julai yang lepas ketika saya sedang buat inspection, saya perasan ada

Tuesday, July 26, 2016

Warih Homestay - Meh Makan Festival 2016

Assalamualaikum, agak lama juga saya tak update blog Warih Homestay nih...Al maklumlah, banyak nau open house sampai tak sompek nak bukak notbuk...he..he...

Meh Makan Festival 2016

Kepada semua kaki makan, harap dapat block tarikh masing-masing pada 30 - 31 Julai 2016...makan sampai pueh... Festival Meh Makan 2016 akan diadakan di MAEPS Serdang selama 2 hari.

Nak tahu lebih lanjut...? Klik kat sini ---> https://www.facebook.com/mymmfest/

So apa tunggu lagi...JUMPA DI SANAAA..!!!

Friday, July 22, 2016

Warih Homestay - Repair Kebocoran Siling Plaster

Warih-Homestay-Kebocoran-Pada-Siling-Plaster
Warih-Homestay-Kebocoran-Pada-Siling-Plaster
 Assalamualaikum semua, saya harap anda berada dalam keadaan sihat bersama keluarga tersayang.

Pada awal bulan Julai yang lepas, semasa saya sedang

Wednesday, July 13, 2016

Warih Homestay : Malaysia Hobby Expo 2016

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Warih Homestay. Masih tak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri 1437H, Maaf Dzahir & Batin.

Diharap anda semua sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan jangan lupa untuk teruskan ibadah kita dengan Puasa 6 di bulan Syawal. Banyak kelebihannya...!

Malaysia-Hobby-Expo-2016
Malaysia-Hobby-Expo-2016
Pada 30-31 Julai 2016, akan di adakan pameran terbesar di Malaysia kepada semua orang yang mempunyai hobi yang pelbagai di Malaysia Hobby Expo 2016 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
(klik gambar untuk keterangan lanjut)

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu dengan rakan-rakan dari seluruh dunia yang mempunyai citarasa yang sama dengan hobi anda....

Jumpa De-Nung ..!

Monday, July 4, 2016

Warih Homestay : Salam Aidilfitri 1437H

Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri
Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidlifitri 1437H / 2016M
Maaf Dzahir Batin

Cik Mat Cik Lempung
Selamat Balik Kampung
 
 
Meehon Cap Kaya
Mohon Maaf Ya
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Warih Homestay. Harapan saya agar anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan telah melakukan ibadah Ramadhan yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.


Mohon-Keampunan
Mohon-Keampunan
 Di sini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai sepanjang saya berblogan (ada ke perkataan nih) saya mungkin secara tak sengaja telah mengguris hati dan perasaan pembaca semua. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu aalah dari kelemahan diri saya sendiri.


Berhati-Hati-Semasa-Memandu
Berhati-Hati-Semasa-Memandu
Berhati-hati lah semasa memandu pulang ke kampung. Jangan ikut perasaan (dan perasan) walaupun kereta kita power dan lebih laju daripada kereta di sebelah. Kita balik kampong ada objektif, nak jumpa ibubapa dan sanak saudara yang telah lama menunggu kita pulang. Kalau nak racing gak, pegi je ke Sepang sirkit....he...he....

Selamat Hari Raya Aidlifitri 1437H / 2016M
Maaf Dzahir Batin

Cik Mat Cik Lempung
Selamat Balik Kampung
 
 
Meehon Cap Kaya
Mohon Maaf Ya