Thursday, September 1, 2016

Warih Homestay - Pelanggan Sulung

Warih-Homestay-Pelanggan-Sulung
Warih-Homestay-Pelanggan-Sulung
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

           Segala Puji Bagi Allah, Yang Maha Besar Lagi Maha Kuasa. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tanah Air Malaysia Yang Ke 59. Semoga keamanan
terus dinikmati semua bangsa di tanah air yang amat bertuah ini.
           Baiklah, saya cukup bersyukur kerana pada 30 Ogos yang lepas saya telah menerima pelanggan sulung saya iaitu Puan Lilie yang menghantar anak buahnya mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya pun tak berapa ingat nama kursus yang diambil.

            Saya doakan agar anak buah beliau terus sukses dalam kursus yang diambil  dan boleh grad dengan 4 rata, Insya Allah.

            Jutaan terima kasih kepada Pn Lilie dan juga saudaranya kerana sudi menginap di Warih Homestay. Saya memohon maaf andai ada yang terkurang sepanjang beliau menginap di sini. Insya Allah, segala terguran yang membina akan saya ambil untuk penambahbaikan Warih Homestay.

Terima kasih skali lagi Pn Lilie & keluarga.

       Zamree
Warih Homestay