Thursday, September 29, 2016

Warih Homestay : Kepuasan Pelanggan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa.

Sejak Warih Homestay dibuka secara rasmi pada 30 Ogos 2016, permintaan dari seluruh negara amat memberangsangkan. Kami tidak putus-putus
menerima panggilan mahupun wasap yang bertanyakan tentang keadaan homestay serta jadual kekosongan. Jutaan terima kasih atas sokongan semua...! Kami sangat-sangat menghargainya...!

Ada yang kami terima dan yang tidak dapat disebabkan tarikh yang dipinta telah pun ada tempahan. Malahan ada yang menelefon seawal jam 1.00 pagi bertanyakan tentang availability.

Pun begitu, kesemuanya kami layan dengan baik dan berhemah. Dan kami terus membantu mereka dengan memberikan nombor henpon homestay yang berdekatan untuk dihubungi sendiri bagi mendapatkan penginapan di tempat lain.

Tiada masalah buat kami kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Dan gambar di atas adalah bukti bahawa penginap kami berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Warih Homestay.

Untuk jadual kekosongan terkini, Tn/Pn bolehlah check di Kalendar Tempahan.

Jumpo Kek Sano...!

      Zamree
Warih Homestay