Saturday, November 4, 2017
Saturday, October 14, 2017
Warih Homestay - Team Jebat Archery
![]() |
| Warih-Homestay-Jebat-Archery-Team-Melaka-Sebelum-Pertandingan |
Pasukan Memanah hebat dari Melaka Bandaraya Bersejarah, Jebat Archery datang lagi pada tahun ini bertarung di dalam Kejohanan Memanah Terbuka UPM Kali Ke 11 yang diadakan di Dewan Serbaguna UPM, Serdang pada 11-15 Oktober 2017.
![]() |
| Warih-Homestay-Jebat-Archery-Team-Melaka-Semasa-Pertandingan |
Team ini diketuai oleh En Supian memilih Warih Homestay sebagai penginapan mereka sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Mereka pernah datang menginap di Warih Homestay pada bulan November tahun 2016.
Pengurusan Warih Homestay mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pasukan Jebat Archery dan semoga mereka beroleh kemenangan bermakna pada kali ini
- Warih Homestay -
Saturday, October 7, 2017
Warih Homestay - Zakwan Berjaya
![]() |
| Warih-Homestay-Zakwan-Terima-Diploma |
Tahniah kepada En Zakwan yang berjaya menggenggam skroll pada Majlis Konvokesyen Ke 16, Kolej Universiti Agrosains Malaysia yang diadakan di Universiti Putra Malaysia minggu ini.
![]() |
| Warih-Homestay-Zakwan-Bersama-Ibubapa-Tersayang |
Nampak kepuasan pada airmuka anak muda yang berasal dari Bentong, Pahang ini kerana hari bersejarah ini turut dikongsi bersama ibu & bapa beliau yang turut hadir ke majlis konvokesyen ini. Pengurusan Warih Homestay mengucapkan syabas dan turut berkongsi kegembiraan di atas kejayaan beliau.
![]() |
| Warih-Homestay-Skrol-Zakwan |
SYABAS & TAHNIAH...!
- Warih Homestay -
Thursday, September 28, 2017
Wednesday, September 27, 2017
Warih Homestay - Testimoni Pn Asnah Dari Sabah
Tuesday, September 26, 2017
Warih Homestay : Kembali Beroperasi
![]() |
| Warih-Homestay-Mekah |
Pengurusan Warih Homestay ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong usaha kami menjalankan perkhidmatan homestay ini berdekatan UPM Serdang dan MAEPS ini
Kini homestay kami telah kembali beroperasi seperti biasa.
Walaupun kami berada ribuan kilometer dari tanahair, masih ada tetamu yang ingin menginap di Warih Homestay sepanjang bulan Ogos dan September lepas.
Semua pertanyaan itu kami jawab dan terpaksa menerangkan keadaan sebenarnya mengapa mereka tidak dapat kami penuhi dan kami juga syorkan alternatif homestay yang berdekatan untuk memudahkan mereka mencari penginapan pada tarikh yang mereka kehendaki.
Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Semua Rakyat Malaysia...!
- Warih Homestay -
Subscribe to:
Posts (Atom)









