 |
| Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri |
Selamat Hari Raya Aidlifitri 1437H / 2016M
Maaf Dzahir Batin
Cik Mat Cik Lempung
Selamat Balik Kampung
Meehon Cap Kaya
Mohon Maaf Ya
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Warih Homestay. Harapan saya agar anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan telah melakukan ibadah Ramadhan yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
 |
| Mohon-Keampunan |
Di sini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai sepanjang saya berblogan (ada ke perkataan nih) saya mungkin secara tak sengaja telah mengguris hati dan perasaan pembaca semua. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu aalah dari kelemahan diri saya sendiri.
 |
| Berhati-Hati-Semasa-Memandu |
Berhati-hati lah semasa memandu pulang ke kampung. Jangan ikut perasaan (dan perasan) walaupun kereta kita power dan lebih laju daripada kereta di sebelah. Kita balik kampong ada objektif, nak jumpa ibubapa dan sanak saudara yang telah lama menunggu kita pulang. Kalau nak racing gak, pegi je ke Sepang sirkit....he...he....
Selamat Hari Raya Aidlifitri 1437H / 2016M
Maaf Dzahir Batin
Cik Mat Cik Lempung
Selamat Balik Kampung
Meehon Cap Kaya
Mohon Maaf Ya