Monday, August 29, 2016

Warih Homestay - Sambutan Hari Kebangsaan 2016 : Sehati Sejiwa

 
Warih-Homestay-Sehati-Sejiwa-2016
Warih-Homestay-Sehati-Sejiwa-2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Warih Homestay. Apa khabar ?

Saya harap anda semua Luar Biasa Hebat...! Sambutan Hari Kebangsaan negara kita sudah
semakin hampir....tinggal beberapa hari lagi. Dah pasang bendera kaa..?

Tema Hari Kebangsaan pada tahun 2016 ini adalah 'Sehati Sejiwa' iaitu sama seperti tahun lopeh. Saya amat berharap agar sambutan hari kemerdekaan tidak sekadar sambutan tetapi lebih jauh daripada itu.
Warih-Homestay-Tugu-Negara
Warih-Homestay-Tugu-Negara
Menguatkan perpaduan sesama kita, meningkatkan roh persefahaman & semangat cintakan tanah air di kalangan anak muda dan menyuburkan amalan saling bantu membantu sesama rakyat amatlah penting dalam memacu negara menjadi Negara Maju menjelang Tahun 2020.

Semoga saya dan anda semua merdeka minda dan tingkahlaku.

MERDEKA..!    MERDEKA...!    MERDEKA....!