Thursday, May 5, 2016

Warih Homestay : Pembaikan Kali Kedua Bagi Masalah Kebocoran Air-Cond

Warih Homestay : Proses Menanggalkan Penutup Air-Cond
Warih Homestay : Proses Menanggalkan Penutup Air-Cond

Assalamualaikum, pada hari Sabtu 30.4.2016 yang lalu, saya telah memanggil kontraktor yang terlibat semasa kerja-kerja pengalihan air-cond dahulu untuk melihat sedikit kebocoran terhadap
unit penghawa dingin saya ini.

Warih Homestay : Melihat Punca Kebocoran
Warih Homestay : Melihat Punca Kebocoran

Ini kali kedua mereka dating. Punca kemungkinan kecondongan paip dalaman yang kurang betul menyebabkan air buangan air-cond tersebut tidak dapat keluar dan berkumpul lalu menitis ke lantai.

Warih Homestay : Masih Meneliti Punca Kebocoran
Warih Homestay : Masih Meneliti Punca Kebocoran

Temujanji adalah pada pukul 10.30 pagi dan 2 orang lelaki India datang untuk meninjau kerosakan ini. Seorang daripadanya pernah datang pada kali pertama dahulu sementara seorang lagi, baru pertama kali.

Warih Homestay : Punca Kebocoran Dikenalpasti
Warih Homestay : Punca Kebocoran Dikenalpasti

Mereka membuka casing, mencabut saluran paip dalaman dan menadah air buangan yang terkumpul.
Warih Homestay : Melakukan Yang Terbaik Agar Ianya Tidak Berulang
Warih Homestay : Melakukan Yang Terbaik Agar Ianya Tidak Berulang

Seterusnya, mereka mengalas saluran paip dalaman itu dengan kertas agar ianya tinggi sedikit bagi mengelakkan air berkumpul.

Warih Homestay : Menuang Air Untuk Menguji Kebocoran
Warih Homestay : Menuang Air Untuk Menguji Kebocoran

Setelah itu, mereka menuang air ke dalam tray bagi menguji keberkesanan pengaliran air dan mendapati kesemua air tersebut dapat mengalir seperti yang sepatutnya.

Warih Homestay : Proses Memasang Semula Penutup Air-Cond
Warih Homestay : Proses Memasang Semula Penutup Air-Cond

Setelah berpuashati, mereka memasang kembali casing air-cond itu dan mengelap nya.

Warih Homestay : Mengelap Penutup Aircond
Warih Homestay : Mengelap Penutup Aircond

Akhirnya saya menguji keberkesanannya dengan membiarkan ianya ON untuk tempoh beberapa jam.

Alhamdulillah, tiada lagi air meniti atau kebocoran pada air-cond saya ini.

Semua ini saya lakukan adalah bagi mendapatkan kepuasan maksimum untuk bakal penyewa homestay sulung saya ini.

Tkasih

No comments:

Post a Comment