Friday, January 12, 2018

Warih Homestay - Tn Ilmi Ganu - Repeat Guest

Tak sangka dapat tetamu yang berulang iaitu Tn Khairul Ilmi (abam bomba dari Ganu Kite)

Beliau pernah menginap di Warih Homestay pada bulan Mei tahun lepas. Alhamdulillah beliau sekeluarga berpuashati dengan perkhidmatan kami dan selesa untuk menginap di sini atas urusan menziarahi adik beliau yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Warih-Homestay-Testimoni-Ilmi
Warih-Homestay-Testimoni-Ilmi
Beliau sampai awal pagi dan terus check-in di Warih Homestay. Kami juga sangat senang berurusan dengan beliau. Very gentleman dan straight forward.

Kami doakan agar adik beliau dapat menamatkan pengajian di UPM ini dengan cemerlang dan menggenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan beliau sekeluarga, Insya Allah... Aminn..
 
Warih Homestay
011.525.99.620

Friday, January 5, 2018

Warih Homestay - Pn Rasidah Dari JB Atas Urusan Pengajian

Salam Sejahtera... agak lama saya tak berkesempatan untuk update blog Warih Homestay.. atas sebab peribadi (macam lah sibuk bona..he..he..) walaupun begitu rezeki dari Allah, Alhamdullah masih ada.

Warih-Homestay-Pn-Rasdiah-Dan-Pn-Najiah
Warih-Homestay-Pn-Rasdiah-Dan-Pn-Najiah
Pada pertengahan bulan Disember tahun lepas, tetamu istimewa saya adalah dari Johor Baharu. Pn Rasidah hadir bersama rakan baik beliau PnNajiah untuk urusan thesis mereka di sebuah universiti terkemuka di sekitar kawasan sini.

Alhamdulillah, walaupun secara walk-in reservation melalui Booking.com, bukanlah satu masalah besar buat pengurusan Warih Homestay kerana unit kami memang telah tersedia untuk tetamu.

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Rasidah
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Rasidah

Dengan adanya high speed fibre broadband unlimited package, mereka mampu menyiapkan thesis bagi pengajian ijazah mereka ditambah pula dengan kemudahan makanan ringan dan minuman yang kami sediakan secara FOC, mereka tak perlu keluar rumah lagi untuk mengalas perut...!


Kami doakan agar Pn Rasidah & Pn Najiah berjaya dalam pengajian mereka untuk menggenggam segulung ijazah.... Aminn..

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Thursday, December 14, 2017

Warih Homestay - Perkahwinan Pn Aqilah

Warih-Homestay-Pn-Aqilah-Bersama-Suami-Tercinta
Warih-Homestay-Pn-Aqilah-Bersama-Suami-Tercinta
Kali ini kami menerima tetamu yang sangat istimewa iaitu Pn Aqilah yang melangsungkan perkahwinannya pada 08 Disember yang lepas di Dewan Pendita Zaaba, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sunday, December 3, 2017

Warih Homestay - Qaseh

Warih-Homestay-Pn-Qaseh-Sekeluarga
Warih-Homestay-Pn-Qaseh-Sekeluarga
Walaupun check-in pada tengah malam, tiada masalah buat pengurusan Warih Homestay untuk melayan walk-in guest pada Jumaat lepas. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah untuk Pn Qaseh sekeluarga menginap di Warih Homestay.

Penginapan selama 3H/2M di Warih Homestay kerana membuka booth pada pameran kereta di MAEPS, Serdang pada 01-03 Disember 2017.
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Qaseh
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Qaseh
Dan Alhamdulillah beliau gembira dan selesa di Warih Homestay

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Monday, November 27, 2017

Pengurusan Warih Homestay mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Pro-Tents Sdn Bhd kerana memilih homestay kami sepanjang Toyota Gazoo Racing Festival 2017 di MAEPS untuk menempatkan para pekerja mereka.

Sangat senang berurusan dengan syarikat ini kerana mereka sememangnya professional dalam pengurusan pelanggan. Semoga kita dapat berurusan lagi di masa hadapan

- Warih Homestay -
011.525.99.620

Sunday, November 26, 2017

Warih Homestay - Motonation 2017 Carnival At PICC, Putrajaya, Malaysia

Warih-Homestay-Motonation-2017-PICC-Putrajaya
Warih-Homestay-Motonation-2017-PICC-Putrajaya

Largest Corporate Automotive & Lifestyle Carnival 2017

01-03 December 2017, PICC Putrajaya, Malaysia

- Warih Homestay 011.525.99.620 -

Saturday, November 11, 2017