Thursday, October 13, 2016

Warih Homestay : Testimoni Pn Norazura Sekeluarga dari Kuantan

Warih-Homestay-Suami-Pn-Norazura
Warih-Homestay-Suami-Pn-Norazura
Assalamualaikum, Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Hebat Lagi Maha Kuasa.

Pada 12 Oktober 2016, Warih Homestay telah menerima tetamu dari Kuantan iaitu Pn Norazura dan keluarganya yang datang bagi menghadiri konvokesyen adik beliau di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengurusan Warih Homestay mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Norazura sekeluarga termasuk ibu beliau yang sudi menginap di homestay kami dan menjaganya dengan baik sekali.
Anak-anak beliau juga kelihatan teruja dan tidak sabar-sabar untuk mandi di swimming pool yang ada di tingkat bawah.

Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Norazura
Warih-Homestay-Testimoni-Pn-Norazura
Kami sungguh gembira apabila beliau dapat menginap dengan selesa di homestay kami. Semoga Warih Homestay dapat meninggalkan seribu kenangan manis kepada Pn Norazura sekeluarga.

Semoga beliau selamat pulang ke rumahnya di Kuantan, Pahang.

Kepada adik beliau, syabas kerana anda telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan Pn Norazura sekeluarga.      TAHNIAH...!

- Warih Homestay -