Friday, August 5, 2016

Warih Homestay : Pemasangan Astro NJoi

Warih-Homestay-Mula-Kerja-Pemasangan-Kabel-Astro-Njoi
Warih-Homestay-Mula-Kerja-Pemasangan-Kabel-Astro-Njoi
Assalamualaikum kepada semua pengunjung Warih Homestay yang dirahmati Allah. Semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Hari ini 03 Ogos 2016 saya telah membuat satu temujanji untuk memasang Astro NJoi. Dealer yang saya pilih adalah En Razak dari syarikat Zurianti Hiraz Entreprise (018-211 1741) yang beralamat di Sungai Merab, Kajang. Saya jumpa contact no beliau pada laman web Astro Njoi.
Warih-Homestay-Test-Signal-Astro-Njoi
Warih-Homestay-Test-Signal-Astro-Njoi

Dipendekkan citer, 2 orang pekerja mereka telah datang pada jam 1.00 tengahari dan terus melakukan pemeriksaan terhadap point yang telah disediakan. Kendian mereka memberitahu saya bahawa central point yang disediakan tidak boleh digunakan kerana tiada bacaan direkodkan.

Signal Strength = 0, Signal Quality = 0


Mereka mengesyorkan agar saya menggunakan piring individu seperti kebiasaan.


Warih-Homestay-Signal-Astro-Njoi-Tidak-Dikesan
Warih-Homestay-Signal-Astro-Njoi-Tidak-Dikesan
Saya terkejut kerana sebenarnya saya telah membuat homework terlebih dahulu (2 minggu sebelum itu) dengan menelefon pihak pengurusan dan bertanyakan tentang pemasangan Astro. Mereka memberitahu bahawa point antenna TV bagi kesemua unit telah disambungkan secara central. Maka pihak pengurusan nasihatkan gunakan piring central sahaja.

Saya telefon pejabat pengurusan tapi tak berjawab. Aduss...lunch hour, mana ada orang bro....So apa lagi, saya terpaksa pergi ke pejabat pengurusan. Sib baek ada kerani kat pejabat tengah melayan seorang pelanggan.

Sebaik masuk, saya beri isyarat untuk intervene dan bertanyakan hal di atas. Menurut kerani tersebut, memang ada 2 point, sebelah kiri untuk TV dan sebelah kanan untuk kabel TV. Cumanya, yang ada penyambungan hanyalah point tv (sebelah kiri) sementara point kabel TV (sebelah kanan) tiada penyambungan langsung...lorrrr....

So beliau menyuruh saya swap kan dari kanan ke kiri. Maknanya, kepala penyambungan kabel TV kena tukar kepada kepala bentuk antenna rumah. Leceh tul lah...

Warih-Homestay-Buat-Modification-Sambungan-Dalam
Warih-Homestay-Buat-Modification-Sambungan-Dalam

Bila saya bagitau kepada installer tersebut, dia cakap..."senang jer bang...pindahkan penyambungan kat sebelah dalam soket, dari kiri ke kanan....so takyah tukar kepala kabel"...betul juga tuh.

Korang buat lah camner pun, aku tau janji siap dan boleh function. Tak sampai 5 minit, mereka test semula penyambungan tersebut.

Signal Strength = 60, Signal Quality = 100

Warih-Homestay-Signal-Astro-Njoi-Berfungsi-Sepenuhnya
Warih-Homestay-Signal-Astro-Njoi-Berfungsi-Sepenuhnya

Alhamdulillah...

Then diorang test each channel yang available dan Tanya   tanya saya satu soalan..."Abang tau guna Astro? "... tak tau sebab kat rumah takdo Astro...nih pestaim...


Warih-Homestay-Test-Setiap-Channel-Astro-Njoi
Warih-Homestay-Test-Setiap-Channel-Astro-Njoi
So diorang ajarkan saya cara navigate semua setting dan cara cari channel serta cara untuk topap.

Oooo...cenggitu cagho ea...takpo...lopeh nih sey cubo begga an Astro Njoi nih sensorang...taklah susah mano doh...


Warih-Homestay-Decoder-Astro-Njoi-HD
Warih-Homestay-Decoder-Astro-Njoi-HD

Lopeh sign resit dan bayar, diorang pun balik. Sey pun tak leh lelamo sobab nak kono masuk opis balik....he...he...

Sekadar ini cerita dari Warih Homestay...hingga jumpa di lain kali, Assalamualaikum...

- Warih Homestay -