Sunday, August 21, 2016

Warih Homestay - Pemasangan Celcom Home Fibre Broadband

Warih-Homestay-Celcom-Home-Fibre-Page
Warih-Homestay-Celcom-Home-Fibre-Page
Assalamualaikum, saya doakan agar semua pengunjung Warih Homestay sentiasa dalam keadaan ceria dan hebat luar biasa. Saya masih teringat antara kata-kata hikmat daripada orang-orang yang Super Berjaya ialah :

- Kita adalah apa yang kita fikir. Jika kita fikir positif, hasilnya In Shaa Allah positif.
- Impian untuk jadi kaya dan berjaya adalah percuma. Tak perlu
bayar apa-apa. Jadi, mulakan impian anda sekarang.
- Impian untuk jadi kaya tidak salah dan tidak berdosa. Jadi jangan takut untuk memasang impian sebegitu.
- Kalau berangan-angan untuk jadi kaya pun tak berani, macamana nak jadi kaya yang sebenarnya.

Ok lah, kali nih saya nak kongsikan sedikit lagi persiapan saya iaitu memasang home fibre broadband dan operator yang saya pilih adalah Celcom. Celcom Home Fibre Broadband.

Agak sukar untuk saya mendaftar Celcom HFB ini.

Pertama,
tiada banyak terdapat maklumat ini di dalam web Celcom...! Pelik tapi benar...

Ianya terselit di dalam page Celcom Gold Plan dan letaknya di bawah sekali, hanya satu gambar tanpa ada sebarang penarangan lanjut mengenainya....

So mana saya dapatkan maklumat nih...dari beberapa blogger terkenal seperti amanz dan soyacincau. Tkasih bro...!

Warih-Homestay-Amanz-Celcom-Home-Fibre
Warih-Homestay-Amanz-Celcom-Home-Fibre
Warih-Homestay-Soyacincau-Home-Fibre
Warih-Homestay-Soyacincau-Home-Fibre

Kedua,
bila pegi Celcom BlueCube kat Alamanda, taim register, bahagian helpdesk bagitau mereka akan letak nama untuk Q yang kedua. Sebabnya, portal utk register tengah down. Saya cakap ok lah, saya bleh tunggu.

Minggu-minggu berikutnya saya datang. jawapan yang sama..."Maaf Encik, portal kami masih down"...adooyaii..

Saya rasa saya kena move on...takbleh tunggu lagik nih...

Warih-Homestay-Celcom-BlueCube
Warih-Homestay-Celcom-BlueCube
Ketiga, pastikan tanya di BlueCube, bukan kaunter yang daftar atau bayar bil.

Pengalaman saya semasa saya rush ke kedai Celcom di Sg Chua, Kajang. Bila sampai giliran kita, dia akan tanya rumah kat area mana. Bila bagi tau Univ360 (kompom diorang tak tau), dia minta kita tulis alamat penuh.

Bila check, diorang akan kata takda coverage. Sebenarnya buka takda tapi cara key-in data dalam portal mereka kena ikut format yang betul.

Warih-Homestay-Celcom-Careline
Warih-Homestay-Celcom-Careline
Keempat,
bila call Celcom Careline (no 1111)...kena banyak bersabar sebab operator tuh pun tak tahu banyak tentang Celcom Home Fibre nih. Pengalaman saya, mereka akan tanya rumah area mana.

Bila saya cakap area Serdang Raya, dia check dan dengan senang hati bagi tau "rumah Encik nih ada coverage iaitu 3G dan 4G.." Terkezut kejap saya....dan saya explain balik.."Tuan, 3G dan 4G tuh adalah sistem wireless...yang saya nak tanya nih adalah fibre...yang guna kabel fibre optic..."

Dia terdiam sekejap dan baru dia bagitau yang dia takda info tentang perkara tersebut. Tapi dia very helpful sebab dia bagi saya nombor yang betul untuk saya call berkenaan perkara nih iaitu 1300-11-3282.

Bila dah call no tuh dan bercakan dengan En Helmi (very nice person), terus En Helmi minta alamat penuh dan check...dan dia kompom kan, memang ada coverage. Saya bagitau yang sebelum nih saya dah try nak daftar di BlueCube Alamanda tapi helpdesk kat sana cakap portal utk daftar tersebut down. Kena tunggu sehingga up semula baru bleh daftar.

Bila En Helmi dengar perkara tuh, dia cakap mustahil sebab dia sedang buka portal yang sama...takda masalah pun.

Then dia syorkan saya pergi ke BlueCube yang lain seperti di Puchong atau Cyberjaya. Saya pilih Cyvberjaya sebab paling dekat.

Warih-Homestay-Shaftsbury-Square-Cyberjaya
Warih-Homestay-Shaftsbury-Square-Cyberjaya
So, saya rush ke Shafsbury Square di Cyberjaya...pestaim sampai...punya payah parking...tengok kat luar banyak signage 'clamping'....tak brani wooo...

Dipendekkan cerita, saya masuk dan ulang skrip yang sama dan bagi tau nama En Helmi....baru diorang try sampai dapat (dekat 2 jam baru setel)...

Alhamdulillah, Isnin 22 Ogos appointment untuk setup Celcom FHB tuh ...

Semoga menjadi kenyataan....

Terima kasih En Helmi..!

-Warih Homestay-


4 comments:

  1. Wahhh seronok la kan.. Layan internet puas hati la pas ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah Tn Hafizul....semuanya untuk bakal penginap Warih Homestay

      Delete
  2. Replies
    1. Tkasih...semoga yang terbaik juga buat Uncle Zuan sekeluarga

      Delete