Thursday, December 24, 2015

Warih Homestay : Pengalihan Air-Cond

Warih Homestay : Keadaan Asal Air Cond Di Tengah Menghadap Pintu
Warih Homestay : Keadaan Asal Air Cond Di Tengah Menghadap Pintu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bertemu kita lagi pada hari ini. Pada kali ini, saya ingin ceritakan perihal air-cond di ruang tamu yang pada asalnya dipasang (pada pandangan saya) di tempat yang kurang sesuai.

Ianya menghala ke pintu masuk
bilik utama, bilik kedua dan bilik air kedua.

Lalu saya pun menjengah ke jiran berdekatan dan saya dapati bagi unit mereka, ianya dipasang di lokasi yang betul iaitu untuk menghadap tempat berehat di ruang tamu.


Warih Homestay : Kerja Penaglihan Air Cond Sedang Dijalankan
Warih Homestay : Kerja Penaglihan Air Cond Sedang Dijalankan
Apa lagi, saya pun terus membuat aduan ke pejabat pengurusan. Setibanya di sana, mereka memaklumkan bahawa ianya dipasang oleh pihak pemaju dan meminta saya berurusan dengan mereka.

Saya tidak putus asa dan berhubung dengan pihak yang dimaksudkan. Setelah beberapa kali berurusan, mereka mengatakan bahawa mereka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan jika masih mahu pengalihan dilakukan, ianya hanyalah sekadar 2 kaki sahaja daripada lokasi asal. Sudah tentu saya menolak kerana tidak banyak perbezaannya !


Warih Homestay : Memasang Air Cond Di LokasiYang Baharu
Warih Homestay : Memasang Air Cond Di LokasiYang Baharu
Pengalihan yang melebihi daripada 2 kaki tidak dibenarkan kerana ianya akan mengganggu struktur bangunan apabila kerja-kerja hacking dilakukan untuk 'conseal' paip aliran air keluar. Hacking sedalam 3 inci akan 'memotong besi yang ada di dalam konkrit ..! BAHAYA....!


Warih Homestay : Menutup Ruang Piping Air Cond Yang Lama
Warih Homestay : Menutup Ruang Piping Air Cond Yang Lama
Setelah puas memikirkannya, maka saya bersetuju ianya dialihkan ke lokasi lain (bukan di dinding yang sama) tetapi masih menghadap ke ruang rehat tamu. Dan saya juga terpaksa membayar beberapa ratus ringgit untuk kerja-kerja pengalihan tersebut tapi apa boleh buat...demi keselesaan bakal penginap saya....


Warih Homestay : Ruang Piping Air Cond Yang Lama Yang Telah Selesai Ditutup
Warih Homestay : Ruang Piping Air Cond Yang Lama Yang Telah Selesai Ditutup
Alhamdulillah, kerja-kerja pengalihan air-cond tersebut telah selesai bersekali dengan plaster semula dinding dan mengecat.


Warih Homestay : Kerja-Kerja Penglaihan Aircond Ke Lokasi Baharu Telah Selesai
Warih Homestay : Kerja-Kerja Penglaihan Aircond Ke Lokasi Baharu Telah Selesai
Terima kasih kepada En Azizan daripada pihak pemaju yang banyak membantu dan memberi khidmat nasihat kepada saya untuk kerja-kerja ini.

Sekian

- Zamree -

p/s: Kerja-kerja pengalihan air-cond ini dilakukan sebelum kerja-kerja pemasangan kitchen cabinet dan lampu dijalankan.


Akhirnya selesai juga .....Alhamdulillah...!