Sunday, November 15, 2015

Warih Homestay : Pemergian Ayah Mertua Saya


Pada 14 Nov 2015, saya menerima perkhabaran sedih daripada ipar saya di Batu Pahat iaitu ayah mertua saya Hj Hashim b Abdul Kadir telah meninggal dunia.

Saya sekeluarga bergegas balik ke
kampung di Batu Puteh, Simpang Lima tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Ketika sampai, imam baru hendak memulakan bacaan talkin. Tak sempat isteri saya hendak menatap wajah ayahandanya buat kali terakhir...

Semoga roh arwah ayah mertua saya sentiasa dalam rahmat Allah SWT, In Shaa Allah.

- Al Fatihah -

Zamree