Sunday, September 11, 2016

Warih Homestay - Meraikan Pengantin Baru En Abu Nain & Pn Siti Norbaizura

Warih-Homestay-Mengabadikan-Kenangan
Warih-Homestay-Mengabadikan-Kenangan
Assalamualaikum, Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Penyayang.

Hari ini tanggal 10 September 2016 adalah detik bersejarah bagi Warih Homestay kerana dapat meraikan pasangan pengantin baru iaitu En Abu Nain dan Pn Siti Norbaizura.

Warih-Homestay-Selamat-Pengantin-Baru
Warih-Homestay-Selamat-Pengantin-Baru
Suasana ceria dan meriah dapat dirasakan sepanjang majlis tersebut berlangsung di Dewan Kolej 9, Pendeta Zaaba, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Warih-Homestay-Mencari-Sudut-Yang-Terbaik
Warih-Homestay-Mencari-Sudut-Yang-Terbaik
Usai majlis persandingan, pasangan mempelai tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Sky Garden, Univ360 sambil menghirup udara segar pada ketinggian 16 tingkat.

Warih-Homestay-Bersama-Jurufoto-Professional
Warih-Homestay-Bersama-Jurufoto-Professional
Kami di Warih Homestay turut teruja dengan keceriaan pasangan pengantin ini dan kami doakan agar jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Kepuasan Pelanggan Matlamat Kami.

-Warih Homestay-